APA SUDAH JADI

Sejak kebelakangan ini keadaan politik negara kita begitu bercelaru. Berbagai kenyataan dikeluarkan setiap hari. Semuanya berpunca dari satu pihak yang tidak dapat menerima kenyataan kehilangan kuasa. Terbaru cerita pengerusi DAP Karpal Singh menempelak Dato Seri Anuar Ibrahim agar meletak jawatan sebagai ketua Pakatan Rakyat. Apa sudah jadi? Nampaknya masalah rumah tangga PKR semakin terbongkar. Puncanya sebab senjata makan tuan. Apa tidaknya dulu Dato Seri Anuar yang sibuk melobi nak tumbangkan kerajaan dengan jalan belakang tapi apa yang terjadi yang dikejar tak dapat yang dikendong jatuh bertaburan...itulah lumrah politik.

Namun apa yang lebih menyedihkan ialah sikap sesetangah dari orang melayu kita yang sanggup menderhaka kepada sultan hanya kerana kuasa. Kenapa hal ini harus terjadi? Sepatutnya pihak berkenaan harus bermuhasabah ....kenapa kuasa yang ada pada mereka ditarik. Bagi saya mereka sudah banyak menguris perasaan orang melayu. Walaupun mereka ada jawatan tapi kuasa ada pada orang lain. Semua orang tahu bahawa DAP lah yang mengaturkan perjalanan pentadbiran di Perak. PAS hanya ada jawatan.....tapi bila kuasa itu hilang hanya orang-orang PAS yang sibuk berdemontrasi. Mana pergi orang-orang DAP (mereka sebenarnya bertepuk tangan lihat melayu sama melayu bergaduh).

Saya sampai hari ini belum dapat mencari jawapan kenapa PAS sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam boleh berkawan dengan DAP yang terang-terang menentang hudud dan kemudian menentang orang Islam dalam UMNO. Mungkin inilah politik. Banyak perkara-perkara yang disebaliknya yang kita tidak tahu. Sebab itu jugalah aku tidak mengangotai mana-mana parti politik. Bagi aku mana yang baik aku ikut dan yang tak baik aku buang tanpa mengira dari parti mana.

Satu perkara lagi yang aku tak berapa suka nak dengar ialah sikap suka bermuka-muka sesetangan ahli politik kita kononnya parti dia yang baik dan lawannya semua tak baik. Kat dunia ni mana ada manusia yang tak pernah melakukan kesalahan. Sepatutnya apabila kita melihat seseorang itu melakukan kesalahah tegurlah dia. Beri dia idea untuk dia membetulkan kesalahannya bukan dengan mengutuknya. Macamlah yang mengutuk tu perfect sangat.

Saya amat berharap, dalam keadaan ekonomi dunia yang sedang meleset ini kecelaruan politik ini tidak berpanjangan. Janganlah berpolitik sepanjang tahun. Beri tumpuan untuk membangunkan negara kita yang tercinta ini. Selesaikan apa jua masalah yang menimpa rakyat khususnya yang dibuang kerja. Segala yang terjadi adalah takdir tuhan dan tak perlu ditangisi lagi. Terima sahaja dengan redha kerana disebaliknya ada hikmah. Marilah kita kembali bersatu dan melupakan segala sengketa demi negara MALAYSIA tanah air kita
.