BERILAH PADA BN JIKA MAHU UNTUNG

Salam,
Kemelut politik di Perak semakin meruncing, walaupun jalan penyelesaiannya amat mudah. Kedua-dua belah pihak seperti tidak mahu mengalah. Ibarat gajah berlawan dengan gajah pelanduk mati ditengah-tengah. Yang rugi adalah rakyat dan negara. Kerana terlalu mahukan kuasa biar sebisa mana pun duri sanggup dipijak asalkan kuasa pasti di tangan. Seperti yang saya katakan tadi jalan penyelesaiannya sememangnya cukup mudah iaitu:
1. Bubarkan Dewan Undangan Negeri - BN takut sebab dia tak yakin menang khususnya pada 3 kerusi yang diwakini ADUN bebas. Sudah tentu PR akan kembali berkuasa.
2. Panggil sidang dewan dan usulkan undi tidak percaya - PR takut kerana ia seperti menghantar leher ke tali gantung. Pastinya BN akan terus berkuasa.
Sebenarnya baik BN atau PR tiada pilihan jika ingin terus berkuasa. PR dengan cadangan bubarkan undangan negeri dan BN dengan undi tidak percara di Dewan Undangan Negeri.
Saya suka menyelami isu ini untuk jangka masa panjang. Saya ingin mencadangkan kepada PR agar kemelut ini diselesaikan dengan cara mengadakan undi tidak percaya. Biar BN terus berkuasa. Kenapa saya berkata begini? Sebabnya sebelum ini pun PKR pernah cuba nak buat undi tidak percaya untuk menjatuhkan BN tetapi dengan speaker menghalang beberapa ADUN BN menghadiri sidang. Yang pasti jika PR buat begitu ia tentu ia akan menang. Cadangan saya ini memang merugikan PR untuk jangka masa pendek (tidak dapat berkuasa) tetapi untuk jangka masa panjang ia menguntungkan PKR.
Kenapa saya berkata begini? Sebabnya mungkin sekarang ini PKR rasa malang sebab ADUN mereka keluar dari PKR dan menjadi ADUN bebas. Perlu diingat bahawa Dato Seri Anuar Ibrahim adalah pelopor kepada lompat parti. Andai kata kemelut ini diselesaikan dengan cara membubarkan DUN, dan satu hari nanti PKR berjaya memancing ADUN BN, mahukah pilihanraya di adakan. Sudah tentu mereka tidak mahu. Logik bukan. Bermakna jika isu ini diselesaikan dengan cara membubarkan DUN bermakna selepas ini DSAI atau PKR tidak boleh lagi menghalalkan lompat parti. Kena tutup mulut sebab jika lompat parti pihak yang malang pasti akan minta pilihanraya. Logik bukan.
Jadi kesimpulannya, biarlah BN berkuasa. PKR boleh terus membela rakyat walaupun tanpa kuasa. Kalau benar-benar ikhlas nak membantu rakyat tanpa kuasa pun boleh bukan. Takkan nak bela rakyat pun kena ada kuasa. Banyak lagi cara lain boleh dilakukan. Yang penting ikhlas. Tak begitu? Andai kata satu hari nanti nasib BN pulak yang malang (ADUN keluar BN) maka pada masa itulah PKR akan rasa kemenangannya. Saya suka jika isu ini diselesaikan segera kerana tiada faedahnyab berpolitik sepanjang masa. Sekarang adalah masa untuk membangunkan rakyat dan negara. Wallahualam.