Panas....Panas...Bapa Saiful Kembali Ke Pangkal Jalan





Mulanya kalangan wartawan yang terima mesej beritahu ada sidang akhbar ini ingatkan ia hanya ' main-main'.Apapun sekitar 30 wartawan dan jurugambar yang berkejar ke sebuah hotel di Cheras Perdana jam 2 petang Rabu.

Nyata mesej yang diterima irtu benar.

Di situ terpacak Azlan Mohd Lazim.Dia ditemani oleh dua orang rakan.

Pada sidang akhbar sekitar 10 minit itu Azlan umum dia 'kembali ke pangkal jalan',akui sudah khianati anaknya Saiful Bukhari serta iystihar keluar PKR serta merta.

Katanya langkah ini semata-mata atas kesedaran sendiri dan bukan atas desakan mana-mana pihak.

Katanya dia ada buat solat istiqharah memohon petunjuk.

Sebelum ini Azlan sudah buat gempar pada 3 Mac lalu bila buat sidang akhbar yang diatur oleh Ahli Parlimen PKR Sungai Petani,Datuk Johari Abdul dakwa aanaknya diperguna untuk fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dia kemudiannya telah sertai PKR.


Saiful yang membuat sidang akhbar pada petang 8 Mac juga kata dia tidak memusuhi bapanya dan berdoa agar dia kembali ke pangkal jalan.

Dalam kenyataan akhbar yang Azlan bacakan di sidang akhbar kali ini dia berkata :

Saya, Azlan Mohd Lazim ingin menarik balik kenyataan akhbar saya pada 8.3.2013, 11.3.2013, juga di majlis-majlis ceramah di Pulau Pinang dan Sungai Petani pada 23 dan 24 Mac 2013, yang menyatakan bahawa anak saya, Mohd Saiful Bukhari telah dperguna oleh beberapa pihak, salah seorang daripadanya, saudara Khairil Anas Jusoh, untuk memfitnah Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2008.

Kejadian liwat yang dilakukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim adalah benar dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Saya juga ingin menarik balik permohonan maaf saya kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan keluarga beliau.

Kepada seluruh ahli keluaga saya, terutama ibu saya, adik beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Mohd Saiful Bukhari Azlan, ingin saya memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah.

Komen: Bila kita kembali kepada Allah...Allah pasti akan tunjukkan kebenarannya.

Sumber: AgendaDaily.

Azhar Sulaiman Perli Pakatan Rakyat...


Azhar Sulaiman tidak masuk kategori artis yang suka bikin kontroversi.
Dia dikira antara artis yang ada stail.Penampilannya corporate look.Selain artis,Azhar juga mempunyai profesion tetap sebagai seorang arkitek.
Kalau tak silap...sebelum ini tak pernah dengar pun kisah dia enter frame cakap pasal politik.
Namun tiba-tiba menjelang pilihanraya umum ke 13,Azhar sudah bikin gegar dan panas hingga buat puak pembangkang jadi tidak senang duduk.
Berbanding dengan ramai artis lain yang diketahui turut menyokong Barisan Nasional,nampaknya dia mengambil pendekatan yang agak sempoi.
Dia bergerak secara solo untuk menghentam apa yang dilihatnya tidak betul dalam pakatan pembangkang. Senjatanya ialah menerusi alam siber yakni laman facebooknya,twitter dan youtube.
Paling sensasi dia secara terbuka kata yakin video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Mustapha Ali adalah benar.
Dalam satu rakaman pandangannya menerusi youtube Azhar berkata dia dan kawan-kawan dalam industri penerbitan filem sendiri pelik bagaimana  mereka terror betul boleh kata boleh kata video itu fitnah dan video itu boleh dibuat.
Menurutnya malah kalangan artis dan kakitangan penerbitan filem yang sokong pembangkang pun kata ia mustahil boleh buat video begitu.
"Kalau ia boleh dibuat kenapa tidak buktikan kepada kami ia boleh dibuat,"katanya
Sumber: 

AMALAN KRONISME KECEWAKAN AHLI



Amalan kronisme yang begitu teruk dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyebabkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Datuk Tan Hock Leong bertindak keluar daripada parti itu.
Menurutnya, keadaan itu semakin terserlah dalam pemilihan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Mereka hanya meletakkan calon kroni dan perkara itu bukan berlaku di sini tetapi juga di Perak, Selangor dan Kedah,'' katanya dalam sidang akhbar ketika mengumumkan keputusan keluar PKR dan bertanding sebagai calon Bebas di sini malam tadi.

Menurutnya, beliau antara yang menjadi mangsa apabila calon kroni pemimpin tertentu dipilih bagi menggantikan tempatnya di Machang Bubuk.

"Saya difahamkan calon baharu dari Selangor akan bertanding di kawasan ini sedangkan pengundi di sini mengenali saya yang telah bekerja keras sejak lima tahun mewakili Machang Bubuk," katanya

Hock Leong, 58, yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berkata, beliau hanya mengetahui keputusan itu setelah dihubungi oleh Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman pada pukul 11 pagi semalam tanpa memberikan sebarang alasan.

"Saya membuat keputusan meninggalkan PKR kerana parti itu tidak adil dalam membuat pemilihan calon untuk kawasan tersebut," ujarnya.

Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam itu yakin rakyat akan memilih calon terbaik, bukannya parti seperti PKR dan percaya ramai lagi ahli PKR akan meninggalkan parti tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130420/po_03/Amalan-kronisme-PKR-teruk#ixzz2RBTZ3p6V
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Panas : Kit Siang Aibkan UMNO!


Kehadiran Naib Presiden Pas, Salauddin Ayub dan Penasihat DAP dalam ceramah politik di Taman Pulai Utama, Nusajaya dekat sini malam tadi gagal menarik minat orang ramai apabila tidak lebih 200 orang sahaja menghadirinya.

Ceramah oleh Salahuddin yang juga calon Pas bagi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya itu bukan sahaja dibumbui dengan janji-janji yang belum pasti bahkan penuh dengan puji-pujian kepada diri sendiri.

Beliau berkata, dia dan Kit Siang tidak mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian dan Tambun kononnya mahu memperjuangkan nasib rakyat negeri ini yang didakwa tidak mendapat pembelaan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kalau saya dan Kit Siang bertanding di tempat lama kami, kita pasti boleh menang tetapi kita pilih untuk ke Johor yang belum tentu menang kerana mahu berjuang untuk rakyat," katanya.

Sementara itu, Kit Siang yang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah terus cuba mengambil hati pengundi Melayu apabila menuduh UMNO sebagai sebuah parti Melayu yang tidak membela nasib kaumnya.

"UMNO tidak membela orang Melayu, sebaliknya hanya membela segelintir orang sahaja termasuk 'UMNO-putera' dan bukannya bumiputera. Perkara sama juga berlaku di kalangan ahli MCA dan MIC," katanya.

ANWAR BAKAL TAMPILKAN KLONNYA




KUALA LUMPUR 19 April - Desas-desus Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menampilkan individu iras rupa beliau bagi menutup segala dakwaan negatif ke atas beliau dilihat benar.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) SD Johari Yasin berkata, individu tersebut dikatakan akan 'turun' bersama Anwar di sebuah Madrasah di Permatang Pauh malam ini mengesahkan lagi maklumat yang diterima pihak tertentu dan dakwaan tersebut bukanlah dakwaan melulu.

"Anwar mahu membina satu persepsi dalam kalangan rakyat yang video seks yang dikaitkan dengan dirinya itu tidak benar. Sebab itu beliau membawa lelaki Thailand ini untuk menafikan individu dalam video tersebut adalah beliau (Anwar)," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

SD Johari sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan akhbar bagi mendesak Anwar Ibrahim mengesahkan dakwaan sama ada individu tersebut akan mengaku terlibat dalam kegiatan 'liwat' yang dikaitkan oleh Ketua Pembangkang itu sebelum ini.

Jelasnya lagi, lelaki mirip Anwar itu dikatakan akan dibawa masuk melalui Bukit Kayu Hitam dari negara asalnya, Thailand.

Dalam pada itu pada tarikh 17 Mac 2013, Awang Selamat menerusi Analisis Mingguan, Utusan Malaysia menyatakan wujudnya gerakan mencari individu iras wajah dan tubuh tokoh pembangkang di Thailand.

Jelas Awang pencarian tersebut antara lain bertujuan bagi memujuk inidivdu tersebut untuk mengaku terlibat dalam perlakuan yang pernah menggemparkan arena politik negara sebelum ini.

Sumber: http://www.klpos.com

CALON BN NUSAJAYA KENA FITNAH



Sent from my iPhoneSalam, mohon bantuan sahabat untuk mainkan dalam blog dan disebarkan pada rakan blogger lain. 

Sabotaj Calon BN Johor 
P162 Parlimen Gelang Patah. 
N49 Dun Nusajaya. 

1. Satu laporan polis telah dibuat oleh Pandak Ahmad di IPD Nusajaya kerana tulisan di blog Nusajaya Kini yg memfitnah beliau sebagai pemberi maklumat untuk menfitnah calon BN Dun Nusajaya, Dr Zaini. Blog Nusajayakini adalah blog rasmi PAS Johor. 

2. Pandak juga menafikan segala tulisan di blog Nusajayakini berkaitan dengan Dr. Zaini dan ia adalah tidak benar. 

3. Perbualan dengan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah memberitahu bahawa Dr. Zaini tidak ada rekod di SPRM malah dua kali dapat khidmat cemerlang semasa bekerja sebagai pegawai perubatan. 

4. Lampiran laporan polis yg dibuat oleh Pandak Ahmad boleh disaksikan di bawah bahawa PR Gelang Patah dalang penyebar fitnah dan Salahuddin Ayub terdesak untuk memenangi kerusi ini. 

5. Memfitnah lebih teruk dari membunuh. Jangan terlalu terdesak mencari undi dengan cara yang keji. 

BETAPA SOMBONGNYA BAKAL PEMIMPIN INI...



Lihatlah betapa sombong dan angkuhnya Khalid ni. Baru penamaan calon dah tunjuk bongkaknya. Anda boleh lihat dan  nilaikan.


Ia bukan perlu dipelajari tetapi automatik kita dapat menilai perangai berdasarkan pemerhatian kita dan berdasarkan pengalaman hidup sebagai manusia yang dididik dengan agama.

Inikah gaya pemimpin parti Islam ???

Bodoh kalau ada rakyat tak reti tengok perangai dan akhlak manusia seperti ini!

Tolak Khalid yang BONGKAK ini dan ayuh kita pilih Zulkifli Nordin yang komited kepada agama bukan kepada kerusi dan wang semata-mata.

Orang sombong perlu diajar biar dia jatuh TERTIARAP dalam pru kali ini...