Panas....Panas...Bapa Saiful Kembali Ke Pangkal Jalan





Mulanya kalangan wartawan yang terima mesej beritahu ada sidang akhbar ini ingatkan ia hanya ' main-main'.Apapun sekitar 30 wartawan dan jurugambar yang berkejar ke sebuah hotel di Cheras Perdana jam 2 petang Rabu.

Nyata mesej yang diterima irtu benar.

Di situ terpacak Azlan Mohd Lazim.Dia ditemani oleh dua orang rakan.

Pada sidang akhbar sekitar 10 minit itu Azlan umum dia 'kembali ke pangkal jalan',akui sudah khianati anaknya Saiful Bukhari serta iystihar keluar PKR serta merta.

Katanya langkah ini semata-mata atas kesedaran sendiri dan bukan atas desakan mana-mana pihak.

Katanya dia ada buat solat istiqharah memohon petunjuk.

Sebelum ini Azlan sudah buat gempar pada 3 Mac lalu bila buat sidang akhbar yang diatur oleh Ahli Parlimen PKR Sungai Petani,Datuk Johari Abdul dakwa aanaknya diperguna untuk fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dia kemudiannya telah sertai PKR.


Saiful yang membuat sidang akhbar pada petang 8 Mac juga kata dia tidak memusuhi bapanya dan berdoa agar dia kembali ke pangkal jalan.

Dalam kenyataan akhbar yang Azlan bacakan di sidang akhbar kali ini dia berkata :

Saya, Azlan Mohd Lazim ingin menarik balik kenyataan akhbar saya pada 8.3.2013, 11.3.2013, juga di majlis-majlis ceramah di Pulau Pinang dan Sungai Petani pada 23 dan 24 Mac 2013, yang menyatakan bahawa anak saya, Mohd Saiful Bukhari telah dperguna oleh beberapa pihak, salah seorang daripadanya, saudara Khairil Anas Jusoh, untuk memfitnah Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2008.

Kejadian liwat yang dilakukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim adalah benar dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Saya juga ingin menarik balik permohonan maaf saya kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan keluarga beliau.

Kepada seluruh ahli keluaga saya, terutama ibu saya, adik beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Mohd Saiful Bukhari Azlan, ingin saya memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah.

Komen: Bila kita kembali kepada Allah...Allah pasti akan tunjukkan kebenarannya.

Sumber: AgendaDaily.