KITA SENTIASA DIBERI PILIHAN.


Salam.
Izinkan saya mencoretkan seberkas kata, buat melepaskan resah yang membara di malam suram durja
buat renungan bersama dan dalam masa yang sama peringatan untuk diri ini jua.

Kehidupan ini adalah perjuangan dan perjuangan kehidupaan yang sebenarnya seharusnya menuju ke alam syurgawi. Apa saja yang kita lakukan di dunia  ini sama ada baik atau buruk penutupnya adalah kehidupan akhirat yang kekal abadi. Sedarkah kita sejak kita dilahirkan kita sentiasa di berilah pilihan. Sehingga kita mengenal baik dan buruk, ibubapa kitalah yang selalu buat pilihan buat kita.
Nak beli baju apa ? Nak pergi kemana? Nak makan apa? Nak mandi atau tidak dan sebagainya Semuanya pilihan. Bila kita pergi sekolah kita diberi pilihan sama ada nak pandai atau tidak. Kalau nak pandai kenalah belajar bersungguh dan kalau tak mahu pandai perbanyakkanlah bermain. 

Andaikan kita buat pilihan nak bermain dan akhirnya kita gagal dalam peperiksaan. Patut ke kita cakap ini dah nasib aku? Ini balasan hidup aku! Aku memang tak pandai! Hakikat sebenarnya itu bukan nasib tetapi itulah pilihan yang telah dibuat sebelum ini. Allah tidak pernah memberikan yang tidak baik kepada hamba-hambanya melainkan ada hikmah disebaliknya.

Soal jodoh juga begitu. Allah dah bagi panduan macam mana nak cari jodoh. Bila rumahtangga kita gagal siapa yang harus disalahkan. Tidak dinafikan ada juga yang gagal kerana sebab yang lain tapi apabila kita percaya kepada "Qada dan Qadar' Allah kita akan kembali tenang. Allah kan dah janji bahawa baik dan buruk setiap yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersendiri. Justeru itu apabila kita rasa bermasalah dan tertekan kembalilah pada Allah. Allah tidak pernah menutup pintu taubatnya walau sebesar manapun dosa kita. Begitu sayang Allah pada kita tapi  terkadang kita sendiri tidak menyedarinya. Sebenarnya Allah rindu pada kita dan mahu kita merintih-rintih menyebutnamanya. 

Dalam menentukan masa depan kehidupan kita seharusnya tidak ada kompromi. Mulut masyarakat memang tidak boleh ditutup tapi jangan sampai kerana nak menutup mulut masyarakat kita terpaksa memperjudikan masa hadapan kita sendiri. Andaikan kita gagal dalam membuat perhitungan, dibimbangi penderitaan kita lebih teruk dan  mungkin kita terpaksa menanggungnya sepanjang hayat.

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Cuma mungkin jalannya ada mudah atau susah. Cepat atau lambat namun penyelesainnya tetap ada. Cuma terkadang kita diuji dengan kesabaran. Terkadang juga bila Allah nak bagi kita sesuatu yang baik, jalannya agak berliku. Disinilah kesabaran kita diuji. Ibarat kata orang 'darah manis'. Tapi andai kita berjaya mengharungi kesabaran itu hanya Allah yang tahu betapa puas dan bahagianya hati kita. Kita pasti dapat merasakan betapa nikmatnya 'Anugerah Allah" itu. 

Semoga kita semua dijauhkan dari segala petaka dan diberikan kesabaran dalam mengharungi kehidupan yang penuh berduri serta  beroleh kebahagiaan hingga ke akhirat

Ikhlas:
Raze M Jamaludin
12 April 2014
1.17 pm


TAK INGIN SENDIRI

Untukmu M.A.N

Aku masih... seperti yang dulu
Menunggumu sampai akhir hidupku
Kesetiaanku tak luntur
Hati pun rela berkorban
Demi keutuhan kau dan aku


Biarkanlah aku memiliki
Semua cinta yang ada di hatimu
Apa pun kan ku berikan
Cinta dan kerinduan
Untukmu... dambaan hatiku...


http://www.youtube.com/watch?v=t7wA_OI2y9U