Kesalahan-Kesalahan Dalam Hal Pakaian Wanita

Salam perjuangan,
Dalam pos kali ini ana nak berkongsi tentang kesalahan pakaian wanita islam kita. Mungkin ada yang menganggap ianya isu remeh tetapi sebagai insan di bumi Allah ini kita harus saling mengingati. Bukan niat nak mengajar tetapi sekadar memberikan panduan. Semoga ianya menberikan manfaat untuk pembaca semua. Antara kesalahan-kesalahan tersebut adalah:


1. Mengenakan pakaian yang sempit, transparan (tembus pandang) dan yang membuat orang tertarik untuk memandang.

2. Mengenakan pakaian yang terbuka dari bawah, atau tidak menutupi betis, dua telapak kaki, punggung, mengenakan seluar pendek juga pakaian-pakaian yang menampakkan kecantikan wanita di hadapan lelaki yang bukan mahramnya.
3. Mengenakan pakaian yang berlengan pendek, termasuk di dalamnya mengenakan kaos sehingga menampakkan kedua lengan tangan.
4. Mengenakan pakaian yang menyerupai pakaian laki-laki, baik dalam bentuk maupun ciri-cirinya.
5. Mengenakan konde (sanggul) rambut, karena ia termasuk menyambung rambut.
6. Mengecat kuku sehingga menghalangi air mengenai kulit ketika berwudhu.
7. Memakai kuku palsu atau memanjangkan kuku tangan dan kaki.
8. Tidak memakai kerudung (penutup kepala).
9 Tidak memakai kaos kaki, sehingga tampak telapak kakinya

10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI

Salam perjuangan,
Lama betul tak update blog ni. Kesibukkan dengan tugasan seharian membuatkan ana tidak
kesampaian nak mencurahkan sesuatu di blog ini. Apapun ana nak berkongsi tentang perkara-
perkara yang boleh mematikan hati kita. Semoga ianya memberikan sedikit panduan dan
pedoman untuk kita memperbaiki diri kita dalam menuju jalan yang benar dan diredahi.

Perkara-perkara tersebut adalah:


1. Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan haknya.
2. Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya.
3. Kamu kata cinta kepada Rasululhah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya
4. Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.
5. Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
6. Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.
7. Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat

persediaan untuk selepas kamu mati.
8. Kamu selalu sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri

kamu sendiri.
9. Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kam tidak bersyukur kepadaNya
10.Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran daripadanya.


Agak-agaknya dalam 10 perkara di atas, berapa agaknya yang telah kita lakukan????? Sama-samalah kita renung dan cerminkan diri kita.

CERITA CIKGU NGAN ANAK MURID

Saya ada satu cerita yang saya jumpa di blog rakan. baca yer tapi tak le menggambarkan keadaan sebenar..
Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Impian Oh Impian


IMPIAN......impian ada keinginan mendapatkan sesuatu. Keinginan yang terpendam di dasar hati. Semua orang ada memasang impian tidak kira apa statusnya. Yang miskin mengimpikan kekayaan. Yang berjalan kaki mengimpikan kenderaan. Yang hodoh mengimpikan wajah yang cantik. Yang kaya mahu bertambah kaya. Yang senang mahu lebih senang. Pokoknya bermacam-macam impian yang bersarang dalam diri kita.
Tatapi apakah semua impian itu selalu menjadi kenyataan? Tentunya tidak sama sekali. Semuanya ketentuan Allah SWT pemerintah semesta alam. Justeru itu kita seharusnya bersedia menerima apa jua ketentuannya.
Sekadar berkongsi pengalaman, semasa aku berada disekolah rendah dahulu, aku selalu mengimpikan nombor yang sedikit tapi sayangnya aku gagal. Setiap kali peperiksaan nambor-nombor penghujung tetap milik aku. Ibu menangis. Ayah membengis. Impian tidak terlaksana. Puas menangis keputusannya tetap begitu. Tapi siapa sangka hari ini aku berjaya ke menara gading dan menjadi seorang guru. Kawan-kawan yang dulunya begitu hebat kini sekadar kerja biasa-biasa.

SAMAN JANGAN TAK SAMAN


Ramai tersenyum apabila peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim beritahu Penasihat PKR itu akan saman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akhbar Utusan Malaysia RM100 juta kerana dakwa memfitnahnya.Ini ekoran Utusan Isnin melaporkan di muka depan kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu. Tersenyum kerana dua sebab. Tindakan menyaman bermakna Anwar masih percaya kepada sistem perundangan negara ini walaupun siang malam pagi petang asyik jaja kata institusi kehakiman negara ini sudah teruk dan tidak boleh dipercayai. Keduanya, semua orang tersenyum kerana jika saman terbaru ini dilaksanakan, sejak tahun 1999, tuntutan saman Anwar di mahkamah yang masih belum selesai sehingga kini telah mencecah RM520 juta.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!




Ogos datang lagi, bulan yang memberikan seribu makna kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kebebasan. Ayuh kibarkan ' JALUR GEMILANG' sebagai menunjukkan rasa cinta dan kasih kita kepada negara kita yang bernama Malaysia.

Selamat Pengantin Baru
Norhafizah & Ahzami
10 JULAI 2009.
'SEMOGA MAHLIGAI KASIH YANG DIDIRIKAN AKAN TERUS UTUH HINGGA KE AKHIR HAYAT'

TUHAN PENENTU SEGALANYA



"Istilah bahagia itu terlalu luas untuk diafsirkan, semua orang mahukan bahagia tapi bukan semua orang mendapat apa yang dihajati dan diimpikan. Ada orang bahagia dengan memiliki kereta tapi bagi sesetengah orang ia membosankan dan merugikan. Apapun kemahuan dan impian kita....ingatkah KITA HANYA MERANCANG SEDANGKAN TUHAN YANG MENENTUKAN SEGALANYA....Sesungguhnya Tuhan Penentu Segalanya...
Mutiara kata berikut mungkin boleh dijadikan renungan.


Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya

Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan

Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.


Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

'SESUATU YANG MERAGUKAN'



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah "sesuatu yang meragukan" tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.
Beliau mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memegang lilin dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.
"Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam




Komen saya.

Saya lihat sejak kebelakangan ini banyak tindakan pihak-pihak yang ada kepentingan ini seperti tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Kalau betul kata betul, kalau salah kata salah, kalau meragukan kata saja meragukan. Jangan pusing-pusing buat orang lain pening. Kita ni manusia, bukan malaikat. Buat salah tu perkara biasa....kalau takut orang putar belit fakta jangan komen. Bukankah berdiam diri itu lebih baik dari berkata yang kurang berfaedah, apatah lagi jika ia boleh mengelirukan orang ramai. Wallahualam

BERILAH PADA BN JIKA MAHU UNTUNG

Salam,
Kemelut politik di Perak semakin meruncing, walaupun jalan penyelesaiannya amat mudah. Kedua-dua belah pihak seperti tidak mahu mengalah. Ibarat gajah berlawan dengan gajah pelanduk mati ditengah-tengah. Yang rugi adalah rakyat dan negara. Kerana terlalu mahukan kuasa biar sebisa mana pun duri sanggup dipijak asalkan kuasa pasti di tangan. Seperti yang saya katakan tadi jalan penyelesaiannya sememangnya cukup mudah iaitu:
1. Bubarkan Dewan Undangan Negeri - BN takut sebab dia tak yakin menang khususnya pada 3 kerusi yang diwakini ADUN bebas. Sudah tentu PR akan kembali berkuasa.
2. Panggil sidang dewan dan usulkan undi tidak percaya - PR takut kerana ia seperti menghantar leher ke tali gantung. Pastinya BN akan terus berkuasa.
Sebenarnya baik BN atau PR tiada pilihan jika ingin terus berkuasa. PR dengan cadangan bubarkan undangan negeri dan BN dengan undi tidak percara di Dewan Undangan Negeri.
Saya suka menyelami isu ini untuk jangka masa panjang. Saya ingin mencadangkan kepada PR agar kemelut ini diselesaikan dengan cara mengadakan undi tidak percaya. Biar BN terus berkuasa. Kenapa saya berkata begini? Sebabnya sebelum ini pun PKR pernah cuba nak buat undi tidak percaya untuk menjatuhkan BN tetapi dengan speaker menghalang beberapa ADUN BN menghadiri sidang. Yang pasti jika PR buat begitu ia tentu ia akan menang. Cadangan saya ini memang merugikan PR untuk jangka masa pendek (tidak dapat berkuasa) tetapi untuk jangka masa panjang ia menguntungkan PKR.
Kenapa saya berkata begini? Sebabnya mungkin sekarang ini PKR rasa malang sebab ADUN mereka keluar dari PKR dan menjadi ADUN bebas. Perlu diingat bahawa Dato Seri Anuar Ibrahim adalah pelopor kepada lompat parti. Andai kata kemelut ini diselesaikan dengan cara membubarkan DUN, dan satu hari nanti PKR berjaya memancing ADUN BN, mahukah pilihanraya di adakan. Sudah tentu mereka tidak mahu. Logik bukan. Bermakna jika isu ini diselesaikan dengan cara membubarkan DUN bermakna selepas ini DSAI atau PKR tidak boleh lagi menghalalkan lompat parti. Kena tutup mulut sebab jika lompat parti pihak yang malang pasti akan minta pilihanraya. Logik bukan.
Jadi kesimpulannya, biarlah BN berkuasa. PKR boleh terus membela rakyat walaupun tanpa kuasa. Kalau benar-benar ikhlas nak membantu rakyat tanpa kuasa pun boleh bukan. Takkan nak bela rakyat pun kena ada kuasa. Banyak lagi cara lain boleh dilakukan. Yang penting ikhlas. Tak begitu? Andai kata satu hari nanti nasib BN pulak yang malang (ADUN keluar BN) maka pada masa itulah PKR akan rasa kemenangannya. Saya suka jika isu ini diselesaikan segera kerana tiada faedahnyab berpolitik sepanjang masa. Sekarang adalah masa untuk membangunkan rakyat dan negara. Wallahualam.

Assalamualaikum . Baru-baru ini saya ada menemui seorang sahabat yang memberikan petua ini. Menurutnya petua ini sangat sesuai diamalkan sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan apa yang kita hajati. Caranya cukup mudah , ambil segelas air bacakan selawat atas nabi 3xdan sebut apa yg kita nak/hajatkan dan hembus ke air.cnth; kita nak anak2 jadi anak yg bijak kemudian hembus pd air.tak kira air apa pun hajat boleh diminta.Kalau nak pasangan setia pun boleh tapi niat yg tak baik takkan dimakbulkan Allah.cubalah. saya dah cuba dan alhamdulillah…..yang penting yakin….wassalam.

APA SUDAH JADI

Sejak kebelakangan ini keadaan politik negara kita begitu bercelaru. Berbagai kenyataan dikeluarkan setiap hari. Semuanya berpunca dari satu pihak yang tidak dapat menerima kenyataan kehilangan kuasa. Terbaru cerita pengerusi DAP Karpal Singh menempelak Dato Seri Anuar Ibrahim agar meletak jawatan sebagai ketua Pakatan Rakyat. Apa sudah jadi? Nampaknya masalah rumah tangga PKR semakin terbongkar. Puncanya sebab senjata makan tuan. Apa tidaknya dulu Dato Seri Anuar yang sibuk melobi nak tumbangkan kerajaan dengan jalan belakang tapi apa yang terjadi yang dikejar tak dapat yang dikendong jatuh bertaburan...itulah lumrah politik.

Namun apa yang lebih menyedihkan ialah sikap sesetangah dari orang melayu kita yang sanggup menderhaka kepada sultan hanya kerana kuasa. Kenapa hal ini harus terjadi? Sepatutnya pihak berkenaan harus bermuhasabah ....kenapa kuasa yang ada pada mereka ditarik. Bagi saya mereka sudah banyak menguris perasaan orang melayu. Walaupun mereka ada jawatan tapi kuasa ada pada orang lain. Semua orang tahu bahawa DAP lah yang mengaturkan perjalanan pentadbiran di Perak. PAS hanya ada jawatan.....tapi bila kuasa itu hilang hanya orang-orang PAS yang sibuk berdemontrasi. Mana pergi orang-orang DAP (mereka sebenarnya bertepuk tangan lihat melayu sama melayu bergaduh).

Saya sampai hari ini belum dapat mencari jawapan kenapa PAS sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam boleh berkawan dengan DAP yang terang-terang menentang hudud dan kemudian menentang orang Islam dalam UMNO. Mungkin inilah politik. Banyak perkara-perkara yang disebaliknya yang kita tidak tahu. Sebab itu jugalah aku tidak mengangotai mana-mana parti politik. Bagi aku mana yang baik aku ikut dan yang tak baik aku buang tanpa mengira dari parti mana.

Satu perkara lagi yang aku tak berapa suka nak dengar ialah sikap suka bermuka-muka sesetangan ahli politik kita kononnya parti dia yang baik dan lawannya semua tak baik. Kat dunia ni mana ada manusia yang tak pernah melakukan kesalahan. Sepatutnya apabila kita melihat seseorang itu melakukan kesalahah tegurlah dia. Beri dia idea untuk dia membetulkan kesalahannya bukan dengan mengutuknya. Macamlah yang mengutuk tu perfect sangat.

Saya amat berharap, dalam keadaan ekonomi dunia yang sedang meleset ini kecelaruan politik ini tidak berpanjangan. Janganlah berpolitik sepanjang tahun. Beri tumpuan untuk membangunkan negara kita yang tercinta ini. Selesaikan apa jua masalah yang menimpa rakyat khususnya yang dibuang kerja. Segala yang terjadi adalah takdir tuhan dan tak perlu ditangisi lagi. Terima sahaja dengan redha kerana disebaliknya ada hikmah. Marilah kita kembali bersatu dan melupakan segala sengketa demi negara MALAYSIA tanah air kita
.

TUJUH PETUNJUK KEBAHAGIAAN DUNIA

Perkahwinan harmoni dikecapi menerusi kesungguhan pasangan tingkat ilmu rumah tangga PERKAHWINAN adalah satu ikatan suci antara dua insan bergelar suami isteri. Pasangan suami isteri ini berkemungkinan berasal daripada latar belakang keluarga berbeza suasana persekitaran, pendidikan serta pendekatan ketika masih kecil hingga dewasa. Selepas tiba masanya, mereka mengikat janji setia mendirikan mahligai kehidupan, bersetuju untuk diakad nikah dan mengharapkan mahligai kasih serta keluarga dibina sentiasa sejahtera dunia akhirat.Firman Allah bermaksud: "Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu rasa kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda bagi kaum berfikir." (Surah ar-Rum, ayat 21).Namun, dalam melayari kehidupan berkeluarga, kesejahteraan diharapkan tidaklah semudah seperti diidamkan. Perhubungan yang sepatutnya intim mungkin kadang-kala menjadi dingin, hambar atau tegang. Hal sedemikian boleh berlaku. Justeru, suami isteri juga insan biasa yang pasti melakukan kesilapan dalam melayari bahtera kehidupan berkeluarga. Ia perlu ditangani dengan baik kedua-dua pihak, dengan sifat murni seperti sikap keterbukaan dan berlapang dada.Suami isteri perlu sedar hakikat kehidupan berkeluarga sebenar dan berusaha mencari ilmu serta menimba pengalaman seni hidup berumah tangga lantaran masing-masing mempunyai harapan, keperluan dan kehendak bersendirian. Ini mencetuskan perbezaan pandangan dan haluan yang hakikatnya anugerah semula jadi pemberian Ilahi kepada setiap pasangan.Perbezaan juga boleh lengkap-melengkapi, sokong-menyokong dan bantu-membantu dalam pembentukan mahligai kasih diinginkan. Justeru, setiap pasangan berkewajipan berusaha menimba ilmu melalui pembacaan, menghadiri kursus mahupun perbincangan dengan kaunselor kekeluargaan. Ia penting demi keharmonian seluruh ahli keluarga. Allah berfirman bermaksud: "Dan orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri dan keturunan sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa." (Surah al-Furqan, ayat 74)Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baik kamu ialah mereka yang berbuat baik kepada ahli (keluarganya) dan aku dikalangan kamu adalah orang yang paling baik dengan ahliku." (Hadis riwayat Ibn Majah).Selepas berusaha membina mahligai kasih, kita boleh berasa dan melihat hasilnya dengan mengecap kebahagiaan di dunia berdasarkan kayu ukur Islam yang diungkapkan Ibnu Abbas.Suatu hari Ibnu Abbas ditanya Tabi'in apa yang dimaksudkan kebahagiaan dunia.Jawab Ibnu Abbas ada tujuh kayu ukur atau petunjuk kebahagiaan dunia iaitu:1- Hati yang selalu bersyukur - Memiliki jiwa yang menerima seadanya tanpa angan-angan kosong tidak berpijak di alam nyata, tidak ada tekanan. Inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur. Seorang yang pandai bersyukur sangat memahami sifat Allah SWT. Apa saja diberikan Allah kepadanya, ia terasa sungguh terhutang budi, berterima kasih, terpesona dengan pemberian dan keputusan Allah. Apabila berhadapan kesulitan, terus mengingati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika kita sedang susah perhatikanlah orang yang lebih susah daripada kita. Apabila diberi kemudahan, ia bersyukur dengan menggandakan amal ibadahnya, kemudian Allah akan mengujinya dengan kemudahan lebih besar lagi. Bila ia tetap istiqamah dengan terus bersyukur, maka Allah akan mengujinya lagi dengan kemudahan yang lebih besar lagi."2- Pasangan hidup yang salih - Pasangan hidup yang salih akan menciptakan suasana rumah dan keluarga harmoni serta aman damai. Berbahagialah menjadi seorang isteri kepada suami yang salih dan berusaha membawa isteri serta anak mencari keredaan Allah. Demikian pula seorang isteri yang salih, akan memiliki kesabaran dan keikhlasan luar biasa dalam melayani suaminya. Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki isteri salih.3- Anak yang salih - Satu ketika Rasulullah SAW sedang bertawaf bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai tawaf Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu: "Kenapa bahumu itu? Jawab pemuda itu: Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat, atau berehat. Selain itu selalu mendukungnya (dibahu). Lalu anak muda itu bertanya: Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua? Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: Sungguh Allah reda kepadamu, kamu anak salih, anak yang berbakti. Tetapi anakku ketahuilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu."4-Lingkungan kondusif untuk iman kita - Yang dimaksudkan lingkungan yang kondusif ialah suasana keliling dan sahabat rapat memberi nilai tambah terhadap keimanan kita. Rasulullah SAW menganjurkan kita selalu bergaul dengan orang salih yang mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita apabila berbuat salah. Orang salih adalah orang yang bahagia kerana nikmat iman dan Islam selalu terpancar pada cahaya wajahnya. Insya-Allah cahaya itu akan ikut menyinari orang di sekitarnya.5-Harta yang halal - Riwayat Imam Muslim dalam bab sedekah, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangan. "Kamu berdoa sudah bagus," kata Nabi SAW, Namun sayang makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggalnya didapatkan secara haram, bagaimana doamu akan dikabulkan." Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dikabulkan Allah. Harta yang halal juga akan menjauhkan syaitan dari hatinya, maka hatinya semakin bersih, suci dan kukuh hingga memberi ketenangan dalam hidupnya.6-Semangat untuk memahami agama - Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut ilmu, semakin ia belajar semakin cinta ia kepada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya.7- Umur yang berkat - Umur yang berkat ertinya umur yang semakin tua semakin salih, setiap detik diisi dengan amal ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia mengenai masa mudanya. Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah), maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Penciptanya. Tidak ada rasa takut meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera berasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti dijanjikan Allah.
Oleh: Prof Madya Pauziah Mohd Arshad ,Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM

MUTIARA KATA PEDOMAN

Salam persahabatan buat anda yang budiman,
Dalam melayari hidup ini kita selalu tersungkur, terjatuh dan mungkin terluka. Moga-moga ada antara kata-kata hikmah di bawah ini yang boleh dijadikan panduan dan pegangan untuk menjadikan diri kita lebih kuat , perkasa jiwa dan mempu mendepani apa jua cabaran. Hayati setiap bait perkataannya dengan akal hati, selami ia...kerana didalamnya ada mutiara yang amat berharga...

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
Dunia ini umpama lautan yg luas.Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.?Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya?ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka?siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan?menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata?yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." (La Roche)
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk?seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)
Hadiah Terbaik Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan
" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat
"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"( Saidina Ali)
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

DUGAAN HIDUP

Hidup kita ni tak akan pernah serik dari diduga, dicuba dan diuji dengan pelbagai permasalahan.
Bagi orang berfikiran positif, dia akan menganggap masalah sebagai cabaran buat diri. Tetapi, bagi orang yang berfikiran negatif, masalah menambahkan lagi kesesakan pelbagai masalah yang sedia bersarang di fikirannya.

Hidup punya cara tertentu untuk membentuk kita menjadi insan cemerlang. Caranya amat misteri, namun senang dikenal pasti jika kita rajin berfikir.
Respon setiap orang ketika menghadapi masalah adalah berbeza. Perbezaan itu terjadi kerana kita dibentuk oleh suasana berbeza, citarasa berbeza, cara berfikir yang berbeza dan cara bertindak yang berbeza.

Oleh kerana itu, untuk mendapat hasil yang baik, yang cemerlang, yang OK, kita kena respon positif kepada setiap masalah. Tak kiralah sama ada masalah itu kecil atau besar, hadapi dengan hati yang lapang dan fikiran yang positif..

Saya percaya setiap masalah didatangkan oleh Yang Maha Esa untuk membentuk kita menjadi kuat menghadapi apa saja kemungkinan yang akan datang selepas itu. Kita takkan tahu apa yang ada di sebalik masalah, tapi paling pasti, mentaliti kita akan berubah setiap kali mendepani masalah.

Kita akan jadi lebih berani, lebih tekad, jadi optimis. Pemikiran berubah, percakapan berubah dan tindakan juga berubah. Syaratnya, kita perlu positifkan fikiran, percakapan dan perangai kita ketika mendepani masalah.

Kita akan tetap berada dalam masalah selagi kita masih berfikiran negatif.
Untuk cemerlang dalam hidup, pandai-pandailah kita dekatkan diri pada Yang Maha Esa, pencipta kita dan alam semesta. Dari situ akan datang ketenangan.
Bila sudah ada ketenangan, mudah untuk kita mencetuskan kecemerlangan dalam apa jua yang kita lakukan.

Sebaliknya, jika kita tak tenang (iaitu tertekan, bercelaru, bingung, keliru, marah, geram) susah untuk kita nak jadi sukses dalam apa yang kita usahakan.
Jika Anda lihat pada orang yang asyik tertekan, yang asyik menahan geram, marah dan sakit hati pada satu-satu situasi, dia tak akan cemerlang dalam apa yang dibuat olehnya. Maksud saya, apa yang dibuatnya akan kurang berhasil.
Hmm.. panjang saya berfalsafah. Itulah kesimpulan sendiri bila mana laptop saya tak dapat dihidupkan lagi walaupun saya dah bekerja keras membongkar bahagian motherboard untuk mencari di mana rosaknya. Dah banyak laptop orang lain saya tolong baiki, tapi laptop sendiri tak dapat saya nak selamatkan.

Terasa bagai diri saya macam Anakin Skywalker yang tak dapat nak menyelamatkan nyawa ibu kesayangannya ketika ibunya diculik oleh Sand People dalam filem Star Wars episod kedua. Dia berjuang sehabis daya menyelamatkan nyawa orang lain dalam beratus misi-misi penting, tapi tak dapat menyelamatkan nyawa ibu sendiri.
Dalam ayat pendek, saya kena terima hakikat yang laptop saya ditamatkan riwayatnya kerana ia ditakdirkan bukan untuk digunakan oleh saya. Mungkin ada laptop lain menanti saya diluar sana. Mungkin laptop baru tu lebih canggih, lebih elegan dan sedang menunggu untuk dimiliki oleh saya.

Mengapa saya berfikiran begitu? Sebab saya percaya dan benar-benar yakin hidup ini penuh dengan pelbagai keajaiban!
Everything happens for a reason. Mesti ada sebabnya.
Teringat saya dengan teori sains suatu ketika dahulu yang mempercayai bahawa dunia ini berbentuk hamparan yang luas. Bagaimanapun, teori itu telah disanggah dan dinyatakan bahawa dunia ini sebenarnya berbentuk bulat. Tetapi selepas itu dan pandangan sains pada ketika ini menyatakan bahawa dunia ini sebenarnya tidak berbentuk bulat tetapi bujur. Itulah dia dunia yang kita duduki.

Namun disebalik itu semua, apa yang ingin saya kongsi di sini ialah pandangan sebuah buku yang saya pernah baca yang menyatakan bahawa salah satu daripada cara untuk kita mengenali maha PENCIPTA dunia ini ialah dengan melihat ciptaan-Nya iaitu termasuklah diri dan persekitaran kita. Apabila ini berlaku, maka cahaya mata hati kita juga akan menjadi positif di dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan di dunia ini.

Disebalik itu semua, saya tetap berkeyakinan bahawa senjata yang paling ampuh di dalam kita menghadapi sebarang cabaran dan dugaan adalah dengan BERDOA kepada-Nya kerana hanya Dia yang mempunyai segala keajaiban yang terjadi di dunia ini, kerana hanya DIA yang mengetahui keajaiban daripada segala kejadian di dunia ini.
Masih ingatkah kita dengan peristiwa Isra-Mikraj Rasulllah bagaimana dalam masa hanya semalaman baginda dapat naik ke langit ketujuh? melihat kesengsaraan di neraka dan keindahan di syurga? Itulah keajaiban dari MAHA PENCIPTA.

Gaza Oh Gaza !











Saban saat bumimu
bermandi darah
Saban saat hujan peluru mencurah-curah,
Saban saat air mata mengalir di sana sini
Saban saat hatimu resah gelisah
Segalanya telah dimusnahi zionis kejam laknatullah
Tiada apa lagi yang tinggal
Ke mana harus pergi membawa diri
Di sini tiada tempat selamat lagi
Bila-bila masa peluru tak bermata akan datang lagi
Memusnahkan apa yang terbaki


Gaza Oh Gaza
Darah merah yang mengalir di bumimu
Siapa yang mampu menyekanya
Dunia hanya mempu melihat
Dengan air mata berlinangan
Dengan suara laungan kemarahan
Kerna mereka tiada kuasa dan kekuatan
Melawan zionis yang kejam


Ayuh semua
Selamatkan saudara kita
Amankan bumi kita
Kita panjatkan doa pada illahi
Supaya musuh segera dinyahkan dari muka bumi
Ya Allah qabulkan doa kami
Kerna mereka saudara kami....









AZAM DAN TEKAD


Salam,

2009 baru saja melangkah, belum pun jauh. Pelbagai dugaan mula melanda namun, aku telah memasang tekad membulatkan semangat untuk mencapai impian menjadi usahawan. Penjuangan untuk berjaya bukan sedikit dugaannya tapi bukan tiada jalan mengatasinya. Pokok pangkalnya hati dan semangat. Jika semangat mantap dan jitu, apa jua rintangan pasti mampu dirempuh. Seruan kerajaan agar lebih ramai orang muda menceburi bidang pertanian dan penternakan aku sahut. Kewujudan Glokal Agro Farm Sdn. Bhd dan bergiat dalam bidang penternakan lembu fidlot adalah bukti kesungguhan ini.

Aku sedar bukan sedikit onak yang akan mencucuk tetapi bak kata pepatah melayu' alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'. Alang-alang dah ingin menjadi usahawan biar sampai berjaya. Insya Allah dengan bantuan 4 orang lagi rakan lembaga pengarah, aku akan terus memacu perjuangan ini untuk membantu industri pengeluaran makanan negara selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab makanan halal dunia menjelang 2010.




Perjuangan Belum Mati

Selagi nafas masih menghembus
Selagi kudrat masih utuh
Kita tidak boleh mengalah kerana mengalah adalah kegagalan
Kegagalan adalah keruntuhan
keruntuhan adalah penderitaan
penderitaan adalah kesakitan
dan kesakitan bisa buat kita mati

Sampai bila kita harus biarkan
Keharuman hidup di hidu orang
Kemanisan kurniaan tuhan dihambat orang
Kerana kita ada kekuatan
Kerana kita ada akal fikiran
Kerana kita mahu menyambung nyawa
di dunia penuh gelora
maka
nyalakanlah api perjuangan
kerana ia tidak harus mati
sebelum kita MATI ........

PETUA MURAH REZEKI

Abu Yazid Al-Busthami, pelopor sufi pada satu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, 'Tuan guru, sepanjang hidup saya, rasanya tidak pernah tidak saya beribadah kepada Allah. Orang lain selalu lelap, saya masih bermunajat, Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?

Abu Yazid Al-Busthami menjawab, " Perbaikilah penampilanmu dan rubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun riak wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tunduk dan berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. setiap kesedihan dierima dengan sabar tanpa mengeluh. Alhamdulilah, sesudah itu ia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Wajahnya sentiasa menguntum senyuman.

Kata Pujangga

"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlukan seribu macam pengorbanan" ~Pujangga"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya." ~Pujangga~ "Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara." ~Pujangga~ "Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali" ~kata-kata Pujangga~ "Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali." Kata-kata Pujangga~ "Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa." kata-kata Pujangga~ "Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu." Kata-kata Pujangga~"Jangan biarkan perahu hanyut tak ber'penghuni' nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan." kata-kata Pujangga"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang." kata-kata Pujangga"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji." ~kata-kata Pujangga"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."kata-kata Pujangga`"Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini." kata-kata Pujangga~"Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar." kata-kata Pujangga`Kata-kata Pujangga: "Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan." "Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana" kata-kata Pujangga~ "Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi." kata-kata Pujangga` "Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya." kata-kata Pujangga`"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang." kata-kata Pujangga~ Kata-kata Pujangga:" Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya." Kata-kata Pujangga: "Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini." Kata-kata Pujangga:" Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."Kata-kata Pujangga:"Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup." Kata-kata Pujangga: "Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan." Kata-kata Pujangga:"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." Kata-kata Pujangga: "Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."Kata-kata Pujangga: "Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."Kata-kata Pujangga: "Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."Kata-kata Pujangga: " Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."Kata-kata Pujangga: "Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."Kata-kata Pujangga: "Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."Kata-kata Pujangga: "Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."Kata-kata Pujangga: "Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."Kata-kata Pujangga: "Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."Kata-kata Pujangga: "Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."Kata-Kata Pujangga: "Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."Kata-kata Pujangga: "Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."Kata-kata Pujangga: "Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."Kata-kata Pujangga: "Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"Kata-kata Pujangga: "Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?" Kata-kata Pujangga: "Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan." Kata-kata Pujangga: "Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur"Kata-kata Pujangga: "Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang." & "Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra."Kata-kata Pujangga: "Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."