SIAPALAH AKU DIHATIMU




Ingin kupergi jauh darimu

Agar kukenal erti rindu ini

Ingin aku menyelami jiwamu

Agar kukenal dirimu kasih


Ingin aku membenci dirimu

Tapi kebencian tiada padaku

Walau apa yang kau sangkakan

Aku tetap cinta padamu


Sebahagian lirik "Seribu Bintang. nyanyian Alleycats ini begitu menyentuh perasaan pada seseorang yang terpaksa pergi....terpaksa melangkah meninggalkan orang yang amat disayanginya. Inilah drama percintaan....datang dan pergi terlalu lumrah. Memang teramat sedih terpaksa melupakan orang di cintai. Mungkin cinta yang bersemi akan terus kekal hingga ke akhir hayat...Hanya Allah yang menentukannya kerana hidup kita ini sememangnya telah tertulis sajak azali lagi.

PERKAHWINAN BENARKAH MEMBAHAGIAKAN


Musim cuti sekolah telah berlalu. Musim yang mana ramai mengambil kesempatan untuk menamatkan zaman bujangnya. Tentunya juga banyak wang ringgit yang terkorban. Almaklumlah....sekali seumur hidup (belum tentu), kenalah belanja lebih sikit walaupun terpaksa meminjam sana sini. Yang penting majlis mesti meriah orang tengok pun gah walaupun selepas itu pengantin yang rebah (banyak habis duit).

Semua yang berkahwin mahukan bahagia....hingga ke akhir hayat tetapi adakah semua impian itu tercapai. Apa kriteria yang membuatkan seseorang itu akan bahagia terlalu subjektif ? Zaman dulu tak ada pun bercinta-cinta....kahwin bahagia juga. Zaman sekarang bercinta bagai nak gila...kahwin cerai juga. Ada orang kata:

Kahwinlah dengan oang kaya....pasti bahagia....betul ke? Orang kaya pun ada yang bercerai.

Kahwin dengan orang miskin akan derita...betul ke? Ada juga orang miskin yang kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah keputusan main2 kerana keputusan itu yang akan menentukan hidup kita untuk seterusnya (mungkin untuk 20-30 tahun). Ada yang berkahwin sepanjang hidupnya bahagia....ada juga yang menderita berpanjangan. Saya bukanlah hendak menakutkan anda yang ingin berkahwin. Perkahwinan perlukan persiapan rapi dari segi rohani dan jasmani. Dalam perkahwinan yang paling penting ialah sikap saling memahami dan saling menghormati disamping kejujuran dan keikhlasan. Lihatlah sifat-sifat ini pada pasangan anda....kalau ada insya Allah akan berpanjanganlah hubungan anda.....jika tiada atau berkurang bersedialah untuk sebarang kemungkinan .

Apapun Allah telah menentukan siapakah jodoh kita. Bercintalah sehingga kehujung nyawa. sekalipun ..kalau dia bukan jodoh kita pasti akan berpisah jua akhirnya. Langkah terbaik ialah dengan sentiasa berdoa kepada Allah moga apa yang kita lakukan adalah yang terbaik untuk kehidupan kita. Wallahualam.

NIKMAT ALLAH

Dalam kehidupan seharian kita, pelbagai nikmat kita rasai. Nikmat udara percuma, nikmat makanan, nikmat tidur, nikmat bahagia, nikmat harta, nikmat anak-anak. nikmat kenderaan dan bermacam-macam nikmat lagi nikmat yang amat kita suka. Selain itu kita juga dapat nikmat sakit, nikmat kecewa, nikmat derita, nikmat putus kasih, nikmat lapar, nikmat dahaga dan pelbagai lagi nikmat yang tidak kita suka.

Walaupun kita sering diberikan nikmat tetapi seringkali kita terlupa untuk bersyukur terutamanya apabila mendapat nikmat yang kita tidak suka. Antara sebab manusia enggan bersyukur ialah kerana 'salah persepsi atau ukuran'.


Kita sering mengukur nikmat dengan ukuran kita sendiri. Jika keinginan dipenuhi ia akan bersyukur tetapi jika tidak ia tidak mahu bersyukur. Persepsi seperti ini amat bertentangan dengan kebenaran bahkan cenderung mengingkari nikmat yang ada. Pernah tak dengar cerita orang yang dibenci oleh seseorang akhirnya boleh jadi isteri atau suaminya yang sangat baik. Sememangnya hanya Allah yang mengetahui hakikat baik atau buruk untuk hambanya sebagaimana di tegaskan dalam firman Allah yang bermaksud:










Kesimpulannya, baik atau buruknya sesuatu perkara itu hanya Allah yang mengetahuinya. Kita seharusnya bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan sama ada nikmat baik atau tidak kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui perjalanan hidup kita. Semoga kita ditunjukkan jalan yang lurus dan diredhai olehnya. Amin.




CINTA DAN KEJUJURAN



Seorang sahabat saya bertanya...antara 'kejujuran dan kesetiaan' mana yang lebih penting. Saya jawab..mestilah 'Kejujuran'. Kenapa saya berkata begitu. Bagi saya tak ada maknanya kesetiaan kalau tak ada kejujuran tapi kalau ada kejujuran....kesetiaan itu akan datang sendiri tanpa di undang.

Dalam apa jua perhubungan 'kejujuran dan keikhlasan' lah yang paling penting. Dua elemen ini akan menjadikan perhubungan yang dibina bertambah kukuh kerana ia merupakan tunjang atau tiang seri dalam sesuatu perhubungan. Tanpa dua elemen ini...perhubungan yang dibina ibarat pohon yang tiada akar tunjang....bila-bila masa bila ribut melanda ia boleh rebah menyembah bumi.

Bagi yang sedang dialam cinta atau yang sedang mencari cinta....carilah elemen ini pada pasangan anda...kalau sukar nak ditemui...faham-fahamlah....Bukan nak mendo'akan tapi anda seharusnya bersedia untuk sebarang kemungkinan. S0, banyak-banyakkanlah berdoa agar Allah sentiasa menbantu kita dalam setiap urusan kita di dunia dan urusan akhirat...Wallahualam.

PENCERAIAN


Amat mengejutkan apabila kadar penceraian di kalangan pasangan suami isteri di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.


Mashitah berkata, beliau tidak menafikan ada peningkatan kes penceraian di negara ini setiap tahun, malah statistik pada 2009 menunjukkan setiap perkahwinan yang didaftarkan setiap hari pasti akan ada perceraian yang berlaku.


Beliau berkata, ada banyak faktor yang menyumbang ke arah penceraian pasangan suami isteri, antaranya suami atau isteri yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak menjaga solat.
“Kita tidak dapat menafikan kelalaian menjaga solat menjadi punca kepada suami isteri mengabaikan tanggungjawab lain.


Kalau tanggungjawab kepada Allah yang secara istiqamah (tetap) patut dilaksanakan lima kali sehari tidak dapat dilakukan, sudah tentu kita dapat membayangkan sukar untuk melaksanakan peranan mereka sebagai suami dan isteri,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri seminar sempena Maulidur Rasul bertajuk Bagaikan Cinta Khadijah di Hati Rasulullah s.a.w, di sini, semalam.


Ulasan

Memang amat menyedihkan dan menakutkan membaca berita di atas. Hakikatnya perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ia bukan keseronokkan semata-mata kerana ia hanya sementara. Selebihnya adalah tanggungjawab. Hakikatnya ramai wanita atau lelaki yang mencari pasangan hari ini tidak mengikuti sebagaimana yang disarankan oleh Islam. Dalam Islam kalau hendak mencari pasangan Agama hendaklah didahulukan tapi berapa ramai yang mengkutinya...mereka hanya mahu yang cantik/kacak, berduit, ada gaya....kalau sepanjang bercinta tak pernah sekali pun pasangan menyebut pasal sembahyang adakah ia calon yang baik untuk kita.


Bagi perempuan, seharusnya mereka mencari lelaki yang boleh membimbing mereka mereka ke jalan Allah. Apatah lagi kalau mereka sendiri pun kurang agamanya....kenalah cari yang lebih agamanya...barulah aman rumah tangga. Cinta sahaja tidak akan bawa bahagia. Ramai yang bercinta bertahun2 tapi bila kahwin bercerai juga....so apa maknanya.


Bagi lelaki pulak, anda adalah bakal ketua keluarga. Seharusnya bila anda ingin berkahwin anda harus bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Kumpulkan ilmu didada agar hidup tidak merana. Ingatlah apa yang anda lakukan terhadap keluarga anda(tanggungjawab) akan disoal di akhirat. Teringat saya akan kata-kata seorang ustaz....suami wajib mengajar isterinya mengaji. Kalau dia tidak tahu wajib carikan guru. Kalau isteri tak pakai tudung suami akan turut menanggung dosa. Emmm ini baru sedikit....kalau banyak cerita nanti takut 'gigil' pulak lelaki-lelaki di luar sana nak kahwin..


Apapun...perempuan adalah untuk dikasihi dan dilindungi....bukan disakiti atau dihina sesuka hati...Wallahualam.

BILA HATI SEDIH


Salam......berbicara lagi...kali ini posting...bila hati itu sedih...semua yang berada di sekeliling kita semuanya sedih, samar,suram,tidak ceria,tiada senyum menghiasi bibir.....sedih dalam erti kata dilanda musibah....ditinggalkan...dipermainkan oleh seseorang....diucapkan kata itu yang menjadi ayat keramat dan teramat luka....mencarikkan hati.....menjadikan kita mempersoalkan mengapakan aku menjadi sasaran...tidak orang lain....Dan......kesedihan itu menjenguk diri....muncul tiba-tiba dalam kehangatan kasih sayang, dicurahi dengan limpah rahmat kemuliaan....tapi siapa tahu dalam diam itu....kata-kata itu terucap samada sedar atau di luar kemampuan kita untuk diucapkan....atau....sememangnya menunggu masa dan ketika....sedar dalam diam.....dunia jadi sekecil-kecilnya....dan...tangisan itu menjadi sahabat yang paling sejati....tapi sampai bila...Aku kah yang bersalah atau.......sudah ditakdirkan begitu...atau sudah tersurat tapi bayangan itu tidak nampak selama ni.....atau butakah hati ini sehingga segala perlakuan,tingkah laku, tutur kata menggambarkan ke arah itu.....menangis lagi......insaf atau mengutuk diri sendiri kerana membenarkan segala-galanya terjadi....egokah aku selama ni dalam setiap perlakuan atau tutur kata menyebabkan kata-kata itu terlepas jua dari bibirmu yang selama ni penuh dengan kata-kata cinta,romantisnya lama itu...teralpakah kita selama ni....atau sekadar mengambil hati dalam meniti alam itu......atau sengaja kau biarkan pelangi di mata berbalam-balam......Pada seorang teman....padamkan kesedihan itu di hati....tabahkan jiwa...bangun dengan kekuatan...jalan itu bukan kesudahan....perpisahan itu bukan kerelaan.....ada hikmat dan iktibar pada kejadian itu....Allah menguji ketabahan dan kekuatan jiwa kita.....muahasabah diri....anggap apa yang berlaku suatu suratan dan urusan Allah semata....kerana kita banyak merancang tetapi ketentuan itu datang dariNYA

TANDA JODOH SUDAH SAMPAI

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. BersahajaKekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.

Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita.

Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing.

Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi.

Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.

Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.

Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.Mimpi Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa.

Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.