PERKAHWINAN BENARKAH MEMBAHAGIAKAN


Musim cuti sekolah telah berlalu. Musim yang mana ramai mengambil kesempatan untuk menamatkan zaman bujangnya. Tentunya juga banyak wang ringgit yang terkorban. Almaklumlah....sekali seumur hidup (belum tentu), kenalah belanja lebih sikit walaupun terpaksa meminjam sana sini. Yang penting majlis mesti meriah orang tengok pun gah walaupun selepas itu pengantin yang rebah (banyak habis duit).

Semua yang berkahwin mahukan bahagia....hingga ke akhir hayat tetapi adakah semua impian itu tercapai. Apa kriteria yang membuatkan seseorang itu akan bahagia terlalu subjektif ? Zaman dulu tak ada pun bercinta-cinta....kahwin bahagia juga. Zaman sekarang bercinta bagai nak gila...kahwin cerai juga. Ada orang kata:

Kahwinlah dengan oang kaya....pasti bahagia....betul ke? Orang kaya pun ada yang bercerai.

Kahwin dengan orang miskin akan derita...betul ke? Ada juga orang miskin yang kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah keputusan main2 kerana keputusan itu yang akan menentukan hidup kita untuk seterusnya (mungkin untuk 20-30 tahun). Ada yang berkahwin sepanjang hidupnya bahagia....ada juga yang menderita berpanjangan. Saya bukanlah hendak menakutkan anda yang ingin berkahwin. Perkahwinan perlukan persiapan rapi dari segi rohani dan jasmani. Dalam perkahwinan yang paling penting ialah sikap saling memahami dan saling menghormati disamping kejujuran dan keikhlasan. Lihatlah sifat-sifat ini pada pasangan anda....kalau ada insya Allah akan berpanjanganlah hubungan anda.....jika tiada atau berkurang bersedialah untuk sebarang kemungkinan .

Apapun Allah telah menentukan siapakah jodoh kita. Bercintalah sehingga kehujung nyawa. sekalipun ..kalau dia bukan jodoh kita pasti akan berpisah jua akhirnya. Langkah terbaik ialah dengan sentiasa berdoa kepada Allah moga apa yang kita lakukan adalah yang terbaik untuk kehidupan kita. Wallahualam.

No comments: