Mencari Kebahagiaan

Salam. Fitrah manusia yang normal inginkan sebuah keluarga bahagia dalam meneruskan kehidupannya tapi sesungguhnya ianya bukanlah semudah memetik bunga di taman larangan. Hari ini ramai yang bekahwin dan ramai juga yang bercerai, ramai juga yang menderita walaupun ada juga yang bahagia hingga ke akhir hayat. Di manakah kedudukan kita...hanya Allah yang mengetahuinya. Kisah-kisah rumah tangga yang saya baca dalam ruangan 'Dicelah2 kehidupan' (DCCK)Pancaindera Akhbar Mingguan Malaysia menginsafkan saya. Sesungguhnya bukan semua orang mendapat bahagia walaupun itu yang didambakan. Kisah isteri di dera suami, suami penagih, suami kaki judi, suami kaki perempuan, suami malas kerja, suami pemarah, suami, suami tak mahu solat, suami tak mahu bantu urus rumah tangga dan macam2 lagi lah.

Seharusnya suami / bakal suami memberikan ketenangan jiwa kepada isteri / bakal isteri ....membimbing isteri / bakal isteri ke jalan yang di redhai Allah . Tapi kalau suami / bakal suami sendiri ilmu tak cukup (sebab tak mahu mencari) macam mana nak membawa isteri ke syurga. Dalam hal ini matlamat hidup kita kena jelas....apa yang kita cari sebenarnya? Hidup di dunia ni hanya sementara....Jangan terlalu memikirkan perkahwinan sehingga lupa merancang apa yang bakal berlaku selepas perkahwinan, jika dapat anak dan sebagainya. Kita kena pandang ke depan. Jangan sampai kesilapan kita hari ini membuat kita merana seumur hidup sebagaimana yang saya baca dalam DCCK beberapa minggu lepas.


Kalau aku jadi pilihanmu
akan ku bina bahtera ilmu
yang akan membawa kita ke syurga
Kalau aku jadi milikku
Akan ku bina istana kasih
tempatmu berteduh dari segala duka nestapa
Kalau kamu jadi milikku
Akan ku alunkan zikir ke telingamu
Biar tenang jiwa ragamu
Biar hilang resah fikiranmu
Biar bahagia seluruh kehidupanmu
dunia dan akhirat....

Purnama,
1.3.2011

DUGAAN OH DUGAAN

Beberapa hari ini tak dapat menulis atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Sejak kebelakangan ini memang banyak dugaan yang kuhadapi. Selepas satu, satu lagi datang. Bertimpa-timpa. Semuanya melibatkan insan-insan yang aku sayangi. Walaupun sedih dengan apa yang terjadi namun aku harus percaya pada Qada dan Qadar Allah. Aku percaya semuanya ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin Allah nak beri aku sesuatu yang selama ini aku dambakan, namun begitu sebelum diberinya.....aku harus menghadapi ujian-ujian darinya. Bukankah Allah itu lebih tahu perjalanan hidup kita.
Apapun yang terjadi aku seharusnya terus fokus untuk meneruskan hidup. Perjalanan perlu diteruskan walaupun kaki hampir tidak berdaya. Walaupun pun senyuman yang terukir dibibir, namun ia bukanlah menggambarkan rasa hatiku yang sebenar. Sebagai penutupnya terimalah sebuah puisiku yang bertajuk......

Tentang Sebuah Janji

J.A.N.J.I
Kata yang terukir dibibir manis
meaknakan niat hati
rasa yang ingin dikota

Tugu janji
harus selalu dikurnia ingat
seperti tugu negara
terus bernyawa
sepanjang zaman.

Tapi janji
kata-kata yang tidak terpatri
yang belum tentu ditepati
selagi ada kata
selagi mulut bisa berbicara
selagi ada ruang yang menghulur kesempatan
tetap ada janji terukir
tetap ada janji ternoda.


Purnama
9 Januari 1991

TAKDIR ALLAH



Salam, tanyalah pada semua manusia yang waras di dunia ini, siapa yang tidak mahu yang baik-baik dalam hidupnya, takkan ada seorangpun yang akan berkata, 'Aku tak mahu! Manusia yang akalnya normal pasti akan menolak semua yang tidak baik. Siapa yang tidak mahu:

1. Siapa yang tidak mahu kaya dan punya banyak duit?

2. Siapa yang tidak mahu isterinya cantik atau suaminya kacak?

3. Siapa yang tidak mahu punya anak yang cerdik dan pintar?

4. Siapa yang tidak mahu masuk syurga?

5. Siapa yang yang tidak mahu bahagia dunia dan akhirat?

6. Siapa yang tidak mahu.........banyak lagi.....semuanya baik-baik belaka.


Hakikatnya manusia hanya mahukan yang terbaik TETAPI bagaimana jika sebaliknya berlaku. Istilah yang popular dikalangan kita 'kita hanya merancang tapi TUHAN yang menentukan'. Sebagai manusia yang beriman kepada Allah seharusnya kita bersedia untuk menghadapi kedua-dua keadaan. Sebagai contohnya bagi yang bercinta...janganlah mencintai pasangan anda 100%, bagi dia 70% dah cukup, bakinya adalah sebagai persediaan jika dia tiba-tiba berubah. Begitu juga bagi yang telah berkahwin, jangan mencintai suami/isteri 100% kerana jika terjadi kehilangan pasti akan merana hidup.


Dalam usaha kita mahu yang terbaik dalam kehidupan kita, jangan lupa bahawa Allah juga telah merencanakan perjalanan kita. Sebab itu kadang - kadangkita tak dapat apa yang kita hajati walaupun kita terlalu menginginkannya. Justeru itu dalam apa jua tindakkan kita sentiasalah memohon petunjuk Allah agar perjalanan kita bukanlah perjalanan yang sia-sia dan membuang masa. Wallahualam.

Afgan - Bukan Cinta Biasa



Sebenarnya dulu aku tak kenal pun penyanyi ni tapi bila seseorang menyuruh aku mendengar lagu ni aku cubalah mencarinya....ku amati bait-bait liriknya....memang meruntun jiwa...

Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslow



Dulu aku tak kisah sangat dengan lagu ni api apabila ia telah jadi kenangan baru terasa keindahan. Setiap baris katanya aku hayati ....perghhh sedih2...

SURATAN ATAU KEBETULAN



Sesuatu yang tak disangka

Seringkali mendatangi kita

Itukah suratan dalam kehidupan

Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan

Persoalan hidup dan pilihan

Sedang kejujuran semakin berkurang

Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan

Dengan berbagai pilihan

Mengapa sering terjadi

Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan

Menghadapi masa depan

Seolah telah terhapus

Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini

Bagi diriku amat bererti

Tetapi ku bimbang untuk menyatakan

Bimbangkan berulang kesilapan

PUNAMA MERINDU

air mataku mengalir lagi
membasahi pipi
setelah hati tak tertahan lagi
menadah tangan memohon restu illahi

lantai pipiku yang basah
memujuk kuntuman hati yang resah
biarpun resah mendesah-desah
aku seharusnya tabah
menerima ketentuan dengan pasrah

kalau boleh kukatakan
pertemuan itu satu kenangan
izinkan aku menghimpunnya
menjadi unggun harapan


kalau boleh ku katakan
sayang itu satu keikhlasan
biarkan masa menjadi penghitungnya
menamatkan segala keraguan.

kalau boleh ku katakan
penyepianmu satu kebencian
izinkan aku mengutipnya
kan ku jadikan piala pengalaman

kalau boleh ku katakan
perpisahan ini satu suratan
biarkan aku mengantologikannya
menjadi sebuah melodrama kehidupan

kalau boleh ku katakan
madu dan hempedu perencah kehidupan
izinkan aku merasakan keduanya
agar bermakna kehidupan ini.

15 Februari 2011

Buah langsat kuning mencelah

Keduduk tidak berbunga lagi

Sudah dapat gading bertuah

Tanduk tidak berguna lagi


Maksud: Sudah dapat teman baru, teman lama dilupakan/ditinggalkan


Saya yakin, ramai yang pernah mendengar peribahasa di atas. Lumrah manusia cepat melupakan apa yang pernah dilalui apabila telah mendapat sesuatu yang dihajati. Namun begitu perlu juga di ingat langit takkan selalunya cerah. Apa yang kecapi pada hari ini bukanlah bersifat HAKIKI. Bila-bila masa segala nikmat yang kita dapat boleh ditarik balik kalau kita tidak berskukur dengan apa yang dikurniakan. Hari ini mungkin sayang tapi esok lusa tak mustahil jadi benci. Hari ini mungkin benci tapi mungkin bulan depan boleh jatuh cinta. Semuanya kuasa Allah SWT. Dialah yang mengaturkan segalanya. Justeru itu usahlah terlalu bangga dengan apa yang kita ada kerana ia akan menjadikan kita takbur pada nikmat Allah. Menunjuk-nunjuk apa yang kita ada hingga boleh menyakitkan hati orang lain akan menjadikan kita kufur pada nikmat Allah. Apa yang lebih penting apabila kita mendapat nikmat dari Allah kita bersyukur dan berdoa semoga Allah mengekalkan nikmat yang diberi.



Wallahualam.

Dek, senja ini memang merah. Tapi bukan bererti cakrawala biru itu telah sirna. Ingatlah, masih ada esok. Hari esok yang cerah dimana kita mampu tersenyum lagi, meniti hutan cemara, sambil menyanyikan lagu puisi tentang kehidupan.


Dek, panas ini akan berakhir. Sesaat lagi hujan akan turun. Membasahi raga kita, menyirami tanah, menghidupkan kembali apa yang pernah kita punya. Sabar lah .... hari indah itu akan tiba lagi, hari indah itu akan kita miliki lagi.


Jangan pernah takut Dek, kegelapan ini akan berganti terang, semua akan berlalu. Jangan pernah menyerah dengan keadaan ini. Alam akan kembali bersahabat. Kita akan menikmati lagi hembusan angin sejuk, Kita akan menaklukkan lagi lereng itu. Berjanjilah kepadaku Dek!
Hapus air matamu. Dan tersenyumlah …Kau bukanlah hati yang lemah dalam perjuangan ini. Kau bukanlah hati yang lemah berselimuti kabut pekat yang gundah gulana. Semua kisah telah berlalu dalam senja malam lalu. Masih ada esok yang indah dalam semaian kelembutan kabut malam.

CINTA BENARKAH BAWA BAHAGIA.


Salam perjuangan. CINTA.....ramai berpendapat ianya amat membahagiakan tapi benarkah begitu. Sebenarnya makna cinta itu sendiri terlalu luas. Ada kalanya cinta boleh membawa bahagia dan ada ketikanya ia membawa sengsara.


Insan yang sering kisah cintanya terjaja tentulah para artis. Walaupun pada insan biasa juga berlaku tapi kisah cinta artis membawa bahagia. Ada yang bercinta bertahun-tahun tapi kahwin setahun dua bercerai. Ada yang riuh satu Malaysia bagi tau dia nak kawin tapi akhirnya tak jadi.Ada yang senyap2....tup-tup dah dapat anak. Macam-macamlah kisan artis ni.


Cuma apa yang boleh, kita kutip semuanya sebagai iktibar. Jadikan panduan hidup. Sebenarnya bukan semua cinta bawa bahagia....malah ada yang membawa derita dan dendam. Bercinta bagai nak rak pun kalau tuhan kata bukan jodoh kita, takkan menjadi. Apa yang penting kita terus berdoa dan berdoa agar hidup kita sentiasa mendapat petunjuk Allah dan apa yang sedang kita lakukan bukanlah sia-sia . Dan dalam hidup ini dengan siapun kita bercinta janganlah kita lupa MENCINTAI ALLAH SWT. Cinta padanya adalah cinta hakiki yang tidak akan ada sia-sia dan PASTI MEMBAWA BAHAGIA.

PERTEMUAN

(Buat Yang Mahu Mengerti)

Di sudut jiwa ini
Masih terasa hangatannya
Manis sebuah pertemuan yang tak tersangka
Akhirnya memutikkan rindu di taman kasih
Terlakarlah sejarah
Terbentuklah kisah

Di sudut raga ini
Masih menyala pelita harapan
Yang pernah terucap tanda kecintaan
Tatkala bersua mengisi pertemuan
Biarpun tercalar dengan dosa
Lantas kesalpun menerpa.

Pabila kehilangan begini
Terimbau kisah ketika ketawa
Yang telah menjadi lembaran sejarah luka
Terkenang sampai bila-bila.


Purnama
Februari 2011

PILIH PASANGAN

Salam. Apabila menyebut rumahtangga bahagia pasti semua orang mengimpikannya. Semua yang berkahwin mahukan rumahtangga yang dibina berkekalan. Semua yang berkahwin mahukan anak yang cerdik dan berbudi pekerti tinggi. Semua nak yang baik-baik walaupun diri sendiri tidaklah baik mane pun. Tapi sejauh manakah usaha kita untuk mencapai perkara-perkara baik di atas. Kalau setakat bercakap tanpa ada tindakkan susulan...tak ada maknenya.

Untuk membina rumah tangga yang bahagia ianya bermula dari memilih pasangan. Dalam Islam telah diajar cara memilih pasangan (kena tengok agama dan keturunannya) tapi berapa ramai yang ambil berat perkara ini. Contoh paling mudah bab sembahyang. Kalau diri sendiri tak sembahnyang dapat pulak pasangan yang sama tak sembahyang, cuba bayangkan bagaimana keluarga yang akan dibina. Kalau dapat anak , bagaimana anak itu nanti. Mungkin ada yang akan berkata...hantarlah pergi sekolah. Kalau di sekolah cikgu ajar sembahyang tapi di rumah tengok ibubapa tak sembahyang.....tentu anak ini akan keliru.

Bagi Si suami, perkahwinan adalah satu amanah. Satu tanggungjawab yang akan ditanya diakhirat nanti. Untuk suami menjadi yang baik perlu ada bekalan ilmu agama . Ilmu inilah yang akan membantu bila terjadinya sebarang perselisihan rumahtangga. Bagi Si isteri syurga atau neraka bergantung pada diri anda sendiri. Kalau diri sendiri banyak kekurangan (ilmu agama dsb) dan dapat suami yang kurang juga....bayangkan rumah tangga yang akan di bina dan pendidikan anak-anak yang bakal lahir. Ini kalau anda fikir ke depan la. Kalau fikir nak kawin je...yang depan2 tu fikir kemudian...terpulang la. Rumah tangga anda....bahagia atau derita anda sendiri yang tentukan. Orang lain apa kisah.

Bagi yang sedang bercinta....cubalah lihat pegangan agama pasangan anda kerana dialah yang akan membimbing anda tapi awas jangan tanya 'direct' sebab jawapannya mungkin boleh disangsikan. Kata orang berkahwin bukan pekara main-main...memang betul pun. Jadi biarlah kita dapat pasangan yang boleh membawa bukan hanya kebahagiaan dunia tapi juga kebahagiaan di akhirat. Wallahualam.

p/s. Masalah sosial yang banyak berlaku hari ini kebanyakkannya berpunca dari keluarga yang yang pincang dan ibubapa yang gagal memberikan contoh yang baik kepada anak-anaknya. Terlalu sibuk mencari rezeki hingga mengorbankan sahsiah anak-anak.

PERKAHWINAN...BENARKAH BAHAGIA?

Salam. Manusia normal dijadikan Allah SWT untuk hidup berpasang-pasangan dengan tujuan untuk berkasih sayang dan menambahkan umat manusia. Justeru itu perkahwinan adalah langkah sewajarnya tapi benarkah perkahwinan itu membahagiakan. Persoalan ini terlalu subjektif untuk dijawab.

Bagi yang mengerti akan maksud perkahwinan itu sebenarnya pasti akan beroleh kebahagiaan tapi tidak kurang juga yang berkahwin hanya untuk menderita. Lihatlah bagaimana isteri disepak terajang hingga gugur kandungan, setiap hari kena maki, isteri menanggung suami dan sebagainya...situasi ini berlaku hampir setiap hari. Kenapa perkara ini boleh berlaku....? Sebabnya suami atau isteri tak tahu tanggungjawabnya.


Sebenarnya perkahwinan adalah perkongsian hidup....kongsi segalanya. Suami perlu menyediakan segala keperluan dan isteri membantu suami mengurus rumahtangga. Kalaulah suami tahu akan tanggungjawabnya dia tidak akan mendera atau menyiksa isterinya.

Benarkah perkahwinan penyelesai masalah....jawapannya tidak 100%. Kenapa saya berkata begitu. Teringat kisah yang saya baca di akhbar (ruangan dicelah-celah kehidupan) dimana seorang wanita yang terdesak berkahwin kerana usia yang semakin lanjut. Dia telah menerima lamaran seorang lelaki yang menyukainya. Fikirnya bila telah berkahwin masalah orang bertanya bila nak kawin akan selesai. Janji boleh kahwin dan boleh tutup mulut orang yang bertanya dan membebel terutama ibunyanya. Memang hakikatnya masalah itu selesai 100%. Tapi tak disangka masalah wujud bila setelah berkahwin setahun suaminya diberhentikan kerja. Suaminya hanya duduk rumah dan dia menanggung perbelanjaan rumah. Suaminya hanya duduk dirumah kerana ketiadaan kerja. Dialah

Bukankah mencari rezeki itu tugas suami...itu yang sepatutnya. Akhirnya dia bercerai dan lebih gembira setelah bebas. Hari ini kes penceraian begitu banyak berlaku. Perempuan cantik pun boleh bercerai. Yang kaya pun boleh bercerai. Apa puncanya....ada banyak sebabnya. Antaranya salah pilih pasangan dan tidak kurang juga yang membina perkahwinan bukan kerana Allah tetapi hanya memenuhi tuntutan nafsu dan tidak faham apa tujuan perkahwinan itu sebenarnya.

Semua orang berkahwinan mahukan bahagia hingga ke akhir hayat tetapi adakah semua
yang berkahwin akan mendapatnya. Bukan menakut-nakut orang yang nak berkahwin tapi inilah realitinya . Justeru itu apabila kita bersedia untuk berkahwinan ,kita juga harus bersedia untuk bahagia atau derita. Harus juga bersedia kekal bahagia ke akhir hayat atau diceraikan . Ini kerana segalanya adalah urusan Allah. Dia yang menentukan walaupun kita yang merancang. Ini kerana tidak semua yang kita impikan di dunia ini akan kita dapat....banyak juga yang kita tak akan dapat. Sama-sama kita fikirkan.

Cinta Oh Cinta

Bila sebut pasal cinta....pasti semua tahu. Walaupun ramai yang tahu menyebut perkataan 'cinta ' tapi ramai juga yang tak tahu makna sebenarnya. Suka-suka hati dia je wat tafsiran...Pernah aku tanya seorang murid tahun 4 di sekolahku....Siapa tahu apa itu cinta? Nak tau apa jawapannya....dia kata 'pakwe dan makwe'....Lepas tu aku sergah seorang dari mereka dan aku tanya lagi. Awak sedang bercinta ke.........ish mana ada cikgu. Tapi setau saya awk memang sedang bercinta......jawapan budak-budak.....eeee cikgu ni selekeh. Mana ada orang bercinta. Aku hanya tersenyum. Aku sambung lagi....abis tu awak tak sayang ke mak awk, ayah awak, kakak, abang dan adik awak. Jawapannya tentulah sayang. Aku jawab.....dah kalau awk jawab sayang tu maknanya awak sedang bercinta dengan keluarga awk la .Bukankah cinta tu maknanya berkasih sayang. Janganlah sempitkan fikiran bila sebut cinta je mesti ada 'pakwe dan makwe'. Hakikatnya cinta paling hakiki adalah bercinta dengan ALLAH.

Sebuah puisi sebagai penutup bicara.

PIALA CINTA

Ku usap-usapi piala cinta
yang tertancap di kamar hati
bermeditasi mengimbau
irama melodrama semalam
tersentuh biasan luka.

Piala Cinta
hanyut dilanda gerimis senja
rupanya sekadar mengembangkan kepak resah
di alam percintaan
bersaksikan sinar pelangi
meninggalkan aku
kesepian begini.

IKKA ATIQAh 1991

Pembuka Bicara.

Alhamdulilah bersyukur aku kehadrat Illahi, pencipta langit dan bumi kerana masih dikurniakan usia dan kesihatan untuk kembali menulis setelah sekian lama menyepi....Lahirnya keinginan untuk kembali menulis adalah kerana aku fikirkan ini merupakan ruang untuk aku melegakan tekanan dan berkongsi pengalaman. Semoga ianya memberikan kebaikkan kepada kita bersama selagi usia masih bersisa dan nafas masih masih bertunas.

Sebagai pembuka bicara ingin aku paparkan sebuah sajak yang aku tulis untuk seseorang yang pernah mengisi kekosongan hati. Al maklumlah sebagai manusia bercinta dan kecewa lumrah dunia....tajuknya 'Terima Kasih'

Terima Kasih

Izinkan aku menguntukkan bicara
terima kasih kerana telah melupaiku
kerana pernah menemaniku
yang sering terkapar-kapar
dilambung gelombang hidup

terima kasih atas lagu puisi katamu
yang terpasrah diwaktu nan pilu
terima kasih kerana telah mengosongkan hatimu
untukku bertakhta barang seketika

terima kasih kerana mendirikan waktu yang tumbang
semata-mata untuk menyimpulkan ikatan buatku
terima kash dan terima kasih segalanya

Aku sebenarnya di sini
tidak rela menghuraikan
simpulan ikatan persahabata kita
apa daya jika itu idaman hatimu
aku hanya mampu pasraah
walau hempedu yang ku telan.

Bila waktu kian pantas berlari
akan kuhimpun lingkaran kenangan ini
untuk tatapan hari-hari mukaku
yang masih panjang.

IKKA ATIQAH RAZZE
Majalah REMAJA 1991