Buah langsat kuning mencelah

Keduduk tidak berbunga lagi

Sudah dapat gading bertuah

Tanduk tidak berguna lagi


Maksud: Sudah dapat teman baru, teman lama dilupakan/ditinggalkan


Saya yakin, ramai yang pernah mendengar peribahasa di atas. Lumrah manusia cepat melupakan apa yang pernah dilalui apabila telah mendapat sesuatu yang dihajati. Namun begitu perlu juga di ingat langit takkan selalunya cerah. Apa yang kecapi pada hari ini bukanlah bersifat HAKIKI. Bila-bila masa segala nikmat yang kita dapat boleh ditarik balik kalau kita tidak berskukur dengan apa yang dikurniakan. Hari ini mungkin sayang tapi esok lusa tak mustahil jadi benci. Hari ini mungkin benci tapi mungkin bulan depan boleh jatuh cinta. Semuanya kuasa Allah SWT. Dialah yang mengaturkan segalanya. Justeru itu usahlah terlalu bangga dengan apa yang kita ada kerana ia akan menjadikan kita takbur pada nikmat Allah. Menunjuk-nunjuk apa yang kita ada hingga boleh menyakitkan hati orang lain akan menjadikan kita kufur pada nikmat Allah. Apa yang lebih penting apabila kita mendapat nikmat dari Allah kita bersyukur dan berdoa semoga Allah mengekalkan nikmat yang diberi.



Wallahualam.

No comments: