PERKAHWINAN...BENARKAH BAHAGIA?

Salam. Manusia normal dijadikan Allah SWT untuk hidup berpasang-pasangan dengan tujuan untuk berkasih sayang dan menambahkan umat manusia. Justeru itu perkahwinan adalah langkah sewajarnya tapi benarkah perkahwinan itu membahagiakan. Persoalan ini terlalu subjektif untuk dijawab.

Bagi yang mengerti akan maksud perkahwinan itu sebenarnya pasti akan beroleh kebahagiaan tapi tidak kurang juga yang berkahwin hanya untuk menderita. Lihatlah bagaimana isteri disepak terajang hingga gugur kandungan, setiap hari kena maki, isteri menanggung suami dan sebagainya...situasi ini berlaku hampir setiap hari. Kenapa perkara ini boleh berlaku....? Sebabnya suami atau isteri tak tahu tanggungjawabnya.


Sebenarnya perkahwinan adalah perkongsian hidup....kongsi segalanya. Suami perlu menyediakan segala keperluan dan isteri membantu suami mengurus rumahtangga. Kalaulah suami tahu akan tanggungjawabnya dia tidak akan mendera atau menyiksa isterinya.

Benarkah perkahwinan penyelesai masalah....jawapannya tidak 100%. Kenapa saya berkata begitu. Teringat kisah yang saya baca di akhbar (ruangan dicelah-celah kehidupan) dimana seorang wanita yang terdesak berkahwin kerana usia yang semakin lanjut. Dia telah menerima lamaran seorang lelaki yang menyukainya. Fikirnya bila telah berkahwin masalah orang bertanya bila nak kawin akan selesai. Janji boleh kahwin dan boleh tutup mulut orang yang bertanya dan membebel terutama ibunyanya. Memang hakikatnya masalah itu selesai 100%. Tapi tak disangka masalah wujud bila setelah berkahwin setahun suaminya diberhentikan kerja. Suaminya hanya duduk rumah dan dia menanggung perbelanjaan rumah. Suaminya hanya duduk dirumah kerana ketiadaan kerja. Dialah

Bukankah mencari rezeki itu tugas suami...itu yang sepatutnya. Akhirnya dia bercerai dan lebih gembira setelah bebas. Hari ini kes penceraian begitu banyak berlaku. Perempuan cantik pun boleh bercerai. Yang kaya pun boleh bercerai. Apa puncanya....ada banyak sebabnya. Antaranya salah pilih pasangan dan tidak kurang juga yang membina perkahwinan bukan kerana Allah tetapi hanya memenuhi tuntutan nafsu dan tidak faham apa tujuan perkahwinan itu sebenarnya.

Semua orang berkahwinan mahukan bahagia hingga ke akhir hayat tetapi adakah semua
yang berkahwin akan mendapatnya. Bukan menakut-nakut orang yang nak berkahwin tapi inilah realitinya . Justeru itu apabila kita bersedia untuk berkahwinan ,kita juga harus bersedia untuk bahagia atau derita. Harus juga bersedia kekal bahagia ke akhir hayat atau diceraikan . Ini kerana segalanya adalah urusan Allah. Dia yang menentukan walaupun kita yang merancang. Ini kerana tidak semua yang kita impikan di dunia ini akan kita dapat....banyak juga yang kita tak akan dapat. Sama-sama kita fikirkan.

No comments: