TAKDIR ALLAH



Salam, tanyalah pada semua manusia yang waras di dunia ini, siapa yang tidak mahu yang baik-baik dalam hidupnya, takkan ada seorangpun yang akan berkata, 'Aku tak mahu! Manusia yang akalnya normal pasti akan menolak semua yang tidak baik. Siapa yang tidak mahu:

1. Siapa yang tidak mahu kaya dan punya banyak duit?

2. Siapa yang tidak mahu isterinya cantik atau suaminya kacak?

3. Siapa yang tidak mahu punya anak yang cerdik dan pintar?

4. Siapa yang tidak mahu masuk syurga?

5. Siapa yang yang tidak mahu bahagia dunia dan akhirat?

6. Siapa yang tidak mahu.........banyak lagi.....semuanya baik-baik belaka.


Hakikatnya manusia hanya mahukan yang terbaik TETAPI bagaimana jika sebaliknya berlaku. Istilah yang popular dikalangan kita 'kita hanya merancang tapi TUHAN yang menentukan'. Sebagai manusia yang beriman kepada Allah seharusnya kita bersedia untuk menghadapi kedua-dua keadaan. Sebagai contohnya bagi yang bercinta...janganlah mencintai pasangan anda 100%, bagi dia 70% dah cukup, bakinya adalah sebagai persediaan jika dia tiba-tiba berubah. Begitu juga bagi yang telah berkahwin, jangan mencintai suami/isteri 100% kerana jika terjadi kehilangan pasti akan merana hidup.


Dalam usaha kita mahu yang terbaik dalam kehidupan kita, jangan lupa bahawa Allah juga telah merencanakan perjalanan kita. Sebab itu kadang - kadangkita tak dapat apa yang kita hajati walaupun kita terlalu menginginkannya. Justeru itu dalam apa jua tindakkan kita sentiasalah memohon petunjuk Allah agar perjalanan kita bukanlah perjalanan yang sia-sia dan membuang masa. Wallahualam.

No comments: