PENCERAIAN


Amat mengejutkan apabila kadar penceraian di kalangan pasangan suami isteri di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.


Mashitah berkata, beliau tidak menafikan ada peningkatan kes penceraian di negara ini setiap tahun, malah statistik pada 2009 menunjukkan setiap perkahwinan yang didaftarkan setiap hari pasti akan ada perceraian yang berlaku.


Beliau berkata, ada banyak faktor yang menyumbang ke arah penceraian pasangan suami isteri, antaranya suami atau isteri yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak menjaga solat.
“Kita tidak dapat menafikan kelalaian menjaga solat menjadi punca kepada suami isteri mengabaikan tanggungjawab lain.


Kalau tanggungjawab kepada Allah yang secara istiqamah (tetap) patut dilaksanakan lima kali sehari tidak dapat dilakukan, sudah tentu kita dapat membayangkan sukar untuk melaksanakan peranan mereka sebagai suami dan isteri,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri seminar sempena Maulidur Rasul bertajuk Bagaikan Cinta Khadijah di Hati Rasulullah s.a.w, di sini, semalam.


Ulasan

Memang amat menyedihkan dan menakutkan membaca berita di atas. Hakikatnya perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ia bukan keseronokkan semata-mata kerana ia hanya sementara. Selebihnya adalah tanggungjawab. Hakikatnya ramai wanita atau lelaki yang mencari pasangan hari ini tidak mengikuti sebagaimana yang disarankan oleh Islam. Dalam Islam kalau hendak mencari pasangan Agama hendaklah didahulukan tapi berapa ramai yang mengkutinya...mereka hanya mahu yang cantik/kacak, berduit, ada gaya....kalau sepanjang bercinta tak pernah sekali pun pasangan menyebut pasal sembahyang adakah ia calon yang baik untuk kita.


Bagi perempuan, seharusnya mereka mencari lelaki yang boleh membimbing mereka mereka ke jalan Allah. Apatah lagi kalau mereka sendiri pun kurang agamanya....kenalah cari yang lebih agamanya...barulah aman rumah tangga. Cinta sahaja tidak akan bawa bahagia. Ramai yang bercinta bertahun2 tapi bila kahwin bercerai juga....so apa maknanya.


Bagi lelaki pulak, anda adalah bakal ketua keluarga. Seharusnya bila anda ingin berkahwin anda harus bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Kumpulkan ilmu didada agar hidup tidak merana. Ingatlah apa yang anda lakukan terhadap keluarga anda(tanggungjawab) akan disoal di akhirat. Teringat saya akan kata-kata seorang ustaz....suami wajib mengajar isterinya mengaji. Kalau dia tidak tahu wajib carikan guru. Kalau isteri tak pakai tudung suami akan turut menanggung dosa. Emmm ini baru sedikit....kalau banyak cerita nanti takut 'gigil' pulak lelaki-lelaki di luar sana nak kahwin..


Apapun...perempuan adalah untuk dikasihi dan dilindungi....bukan disakiti atau dihina sesuka hati...Wallahualam.

No comments: