AZAM DAN TEKAD


Salam,

2009 baru saja melangkah, belum pun jauh. Pelbagai dugaan mula melanda namun, aku telah memasang tekad membulatkan semangat untuk mencapai impian menjadi usahawan. Penjuangan untuk berjaya bukan sedikit dugaannya tapi bukan tiada jalan mengatasinya. Pokok pangkalnya hati dan semangat. Jika semangat mantap dan jitu, apa jua rintangan pasti mampu dirempuh. Seruan kerajaan agar lebih ramai orang muda menceburi bidang pertanian dan penternakan aku sahut. Kewujudan Glokal Agro Farm Sdn. Bhd dan bergiat dalam bidang penternakan lembu fidlot adalah bukti kesungguhan ini.

Aku sedar bukan sedikit onak yang akan mencucuk tetapi bak kata pepatah melayu' alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'. Alang-alang dah ingin menjadi usahawan biar sampai berjaya. Insya Allah dengan bantuan 4 orang lagi rakan lembaga pengarah, aku akan terus memacu perjuangan ini untuk membantu industri pengeluaran makanan negara selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab makanan halal dunia menjelang 2010.




No comments: