UNTUK YANG MAHU DIPANGGIL ADIK


Maafkan abang
kerana singgah dipelamin kehidupanmu
Walau tak pernah terduga dan tidak juga direncana
kerana takdir kita diketemukan
kerana takdir juga kita akan berpisah
Walau berat rasa hati
Walau kasih telah bersemadi
Walau cinta telah terabadi
Abang akan pergi membawa diri
Mencari dimanakah sinar pelangi
Lantaran kehadiran tidak lagi dihargai
Terima kasih
atas kasih yang yang pernah bertandang
walau seketika tapi hangatnya masih terasa
Walau sebentar tapi kelibatnya masih terjelma
Walau kita semakin jauh
Kasihku tetap utuh
Andai suatu hari terbuka ruang hati
Akan kuikat hatiku dan hatimu dengan simpulan kasih abadi
Kerana aku
Ingin membahagiakanmu sehingga akhir nanti.
PURNAMA
4/3/2011

SIAPALAH AKU

Salam. Agak lama tidak menulis meluah rasa akibat kesibukkan yang melanda. Inilah dunia...kalau tidak di kejar kita akan ketinggalan. Dikejar belum tentu dapat... Siapa yang mahu mati? Siapa yang mahu derita? Siapa yang mahu kecewa? Tanyalah pada semua orang yang waras pasti tidak mahu. Siapa nak kawin dengan orang kaya? Siapa nak kawin dengan bujang teruna? Siapa nak kahwin dengan dara jelita? Siapa nak kahwin dengan si kacak jejaka? Jawapannya ramai yang mahu. Bagi yang belum pernah berkahwin kriteria di atas pasti antara yang jadi pilihan. Yelah siapa tak nak isteri cantik, suami kacak, suami kaya atau teruna dan dara. Bagi yang telah pernah berkahwin dan gagal dalam perkahwinan 'keiteria' di atas bukanlah sesuatu yang penting. Buat apa dapat orang kaya kalau kedekut. Buat apa dapat bujang teruna tapi buat sakit hati. Buat apa dapat si cantik jelita tapi pemalas. Buat apa dapat sikacak kalau selalu tak lekat kat rumah. Yang paling penting dalam perkahwinan ialah kasih sayang, sikap ambil berat, bertanggungjawab, ikhlas, jujur dan saling menghargai . Adat manusia kalau diberi kereta buruk tak mahulah sebab kereta itu tak cantik, malu orang tengok, nanti rosaklah, banyak makan duitlah dan bermacam-macam lagi. Ini persepsi yang negetif. Sepatutnya dia berfikir macam mana nak menjadikan kereta itu cantik dan bukan terus menolak /membuang kereta itu. Inilah yang sepatutnya difikirkan....bukan hanya fikir yang negetif sahaja. Begitu juga dalam perkahwinan...ada yang bermula dengan cantik (macam kereta baru) tetapi akhirnya hancur juga (sebab tak pandai jaga kereta). Ada yang bermula buruk (sebab kereta lama) tapi oleh kerana mereka sentiasa positif maka rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Yang penting dalam berkeluarga adalah nakhodanya. Kalau nakhodanya betul maka lancarlah perjalanan hidup. Kalau tidak maka sesatlah jawabnya.