BILA KAU MENYEPI

Kau menyepi lagi buat kesekian kali
meninggalkan aku dibaluti rasa sunyi
sambil menghitung masa yang berlalu pergi
sebak dadaku tidak  terperi

Ku tahu kau terasa
kutahu  lukamu merah membara
ku tahu hati mu terluka
ku tahu semua yang kau rasa

Ku tahu jua rindumu membara
Ku tahu jua kasihmu menyala
Ku tahu jua hanya aku kau cinta

Kau jua perlu tahu
aku hanya insan biasa
bukan malaikat yang tidak melakukan dosa
biarpun kita boleh merancang
sebarang kemungkinan....itu bukan kita tentukan.

maaf atas sega kesalahan
maaf atas segala kesilapan
maaf atas semua keterlanjurn kata dan bicara.




Tingkatkan Kualiti Diri



Salam ukhwah buat anda yang budiman. Semoga jalinan persaudaraan kita akan tetap teguh biarpun kita tidak saling mengenali apatah lagi bertemu janji.


1. Kebelakangan ini saya kerap bertemu dengan insan-insan yang merungut tentang sikap dan kelakuan manusia disekelilingnya yang hidupnya seperti tiada arah tujuan dan matlamat. Kata orang 'ibarat daun lalang yang mengikut sahaja arah angin meniupnya' Mereka ini akan melakukan sesuatu jika ada keperluan dan tidak pernah bersungguh-sungguh. Senang cakap mereka bekerja hanya mahukan wang tetapi bukan ilmu atau pengalaman yang lebih berharga dari wang. Wang akan habis apabila dibelanjakan tetapi ilmu akan kekal sampai bila-bila.

2. Saya berjumpa dengan pengusaha bengkel motosikal, pengusaha kedai aluminium, pengusaha kedai mencuci kereta dan pengusaha kedai kimpalan, antara masalah yang mereka hadapi dalam perniagaan mereka ialah kesukaran mendapat pekerja yang bersungguh-sungguh dalam pekerjaan. Kebanyakkan yang ingin bekerja mahukan gaji yang tinggi tetapi komitmen tidak tinggi, kerap ponteng / cuti hingga menjejaskan perniagaan mereka.

3. Mungkin kebanyakkan pekerja muda ini terlalu ingin 'enjoy' dan lupa bahawa usia semakin meningkat. satu ketika nanti mereka perlukan pendapatan yang benar-benar boleh menampung kehidupan mereka. Jika mereka tidak mengambil peluang pekerjaan yang sedang mereka buat sebagai pengalaman dan mungkin boleh menjadi sumber pendapatan tetap satu hari nanti, kerugian hanyalah milik mereka (kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai tahap pelajaran yang tinggi)

4. Seharusnya kita sentiasa mencari dan menggali apa jua ilmu bagi meningkatkan kemahiran dan kualiti diri kita. Biar belajar tidak tinggi tetapi bekerja biarlah ada matlamat dan penuh iltizam. Mungkin ilmu yang kita pelajari hari ini kita perlukan 5 tahun akan datang . Belajar mencari ilmu yang berguna tetapi bukan hanya pada yang kita minati. Semoga kita akan terus berusaha meneroka ilmu dan kemahiran demi masa depan diri kita, agama kita, bangsa kita dan negara kita. Merdeka....merdeka...merdeka.