LELAKI OH LELAKI

Salam. Entah susah nak cakap tapi isu ini semakin banyak terjadi sekarang. Dan pastinya aku paling tak suka. Apa isunya..."Lelaki Suri Rumah'. Mungkin sebab dunia nak kiamat maka fungsi lelaki sebagai pencari rezeki telah diserah kepada wanita. Agak tak malu ke makan duit isteri. Tak takut ke kena tanya kat akhirat nanti. Nak dijadikan cerita, seorang guru ni nampak tertekan sekarang. Kerja pun asyik nak marah nampaknya. Habis murid-murid jadi mangsa. Guru ni tergolong dalam katogeri yang tidaklah ada rupa sangat. Selain dari berat badannya yang agak keterlaluan dia juga tak pandai menghias diri. Nak dijadikan cerita tetiba ada lelaki yang agak kacak tetiba meminatinya. Apa lagi melonjaklah hati. Gembira bukan kepalang. Bukan apa dia sangka dengan rupa paras dan badannya yang begitu tiada orang yang mahukannya. Tanpa berfikir panjang pinangan pun diterima. Setelah berkahwin si suami yang hanya berniaga di kampung telah mengikutnya bertugas di selatan tanah air. Di tempat baru suami tiada kerja. Buat sementara semua perbelanjaan rumah dia yang ditanggung. Fikirnya nanti bila suaminya dapat kerja bolehlah suaminya pula menanggung. dari tiada ada anak kepada anak satu. dari anak satu kepada anak dua. Mula-mula pakai myvi sekarang pakai Vios suaminya tetap begitu. Tiada tanda2 nak bekerja. Semua perbelanjaan dia yang tanggung. Kerja suaminya hanya hantar dan ambil dia di sekolah dan jaga anak di rumah. Oleh kerana semua perbelanjaan dia yang tanggung (mujur suaminya tidak merokok), baru gaji je dah kering sebab nak bayar macam-macam. beli baju pun setahun sekali. nak makan kat kuar jangan harap. makan la apa yang ada. Sekarang ni cikgu ni dah mula mengeluarkan tekanan yang ditanggungnya. Semuanya kerana suaminya tidak mau bekerja dan menampung perbelanjaan keluarga. Dia benar-benar tertekan. Kadang-kadang dia fikir macam menyesal berkahwin kerana terpaksa jadi isteri dan suami sekaligus. Oh lelaki kenapa ini harus terjadi? Memalukan kaum lelaki. Kepada perempuan di luar sana yang selalu belanja boyfriend (sesekali x apa)...awas anda mungkin terpaksa menanggungnya bila berkahwin nanti. Sesungguhnya berkahwin itu memang mudah tetapi untuk mengekalkan perkahwinan itu bukanlah perkara yang senang. Sekian Wassalam.

No comments: