Salam,
1.Pertamanya syukur yang tidak terhingga kerana berpeluang untuk bertemu Ramadan...bulan suci lagi penuh keberkatan. Mungkin ada yang beranggapan Ramadan akan datang datang setiap tahun dan kita pasti bertemu dengannya Jika bergitu anggapannya....anda silap. Menjelangnya Ramadhan seorang sahabat saya kehilangan seorang ibu tercinta setelah sekian lama bertarung nyawa di hospital. Menjelangnya Ramadhan seorang jiran saya kehilangan anak dan seorang wanita kehilangan suami sementara anak pula kehilangan bapa.
2. Biarpun Ramadan datang dengan penuh keberkatan, ada insan yang mengenang Ramadan bukan sebagai bulan keberkatan tetapi akan diingati sepanjang hayat. Sebentar tadi saya membaca kisah banduan yang dibebaskan setelah berpuluh tahun berada dipenjara. Pembebasan dibuat setelah mendapat pengampunan Sultan Johor. Pastinya pembebasan sebegini sangat bererti buat mereka. Ibarat kata mereka ia seperti mati hidup semula.
3. Ramadan memberi peluang umat Islam kembali menjalinkan ikatan persaudaraan dan kekeluargaan sesama insan. Kalau dalam bulan-bulan lain ada yang tidak kisah waktu maghrib tetapi pada bulan Ramadan inilah waktu yang ditunggu-tunggu (walaupun bagi yang tidak berpuasa kerana sudah boleh makan secara terang-terangan). tentu seronok berkumpul seisi keluarga sambil menjamah makanan yang tersedia.
4. Melawat ke bazar Ramadhan memang menggiurkan. Apa tidaknya semua makanan nampak sedap (walaupun belum tentu sedap bila dibeli). namun sesuatu yang mungkin ramai yang lupa ailah semasa berpuasa perut kita semakin 'mengecut' . Jadi isi sedikit pun dah rasa kenyang. So semasa membeli ingat-ingatlah kemampuan perut kita. Elakkan pembaziran makanan sepanjang Ramadan.
5. Apapun diharapkan Ramadan tahun ini dapat memberikan kita lebih manfaat dan seharusnya kita merebut peluan bertemu Ramadan ini untuk membuat seberapa banyak kebaikkan dan amal kerana belum tentu kita akan bertemunya lagi di masa hadapan. Wallahualam.
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.kepada SAIDINA ALI R.A.;
Gambar maqam Rasulullah
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR Itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
sumber : http://cili-merah.blogspot.com/2010/11/tazkirah-pagi.html
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR Itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
sumber : http://cili-merah.blogspot.com/2010/11/tazkirah-pagi.html
Subscribe to:
Posts (Atom)
