RAMADAN DATANG LAGI

Salam,
1.Pertamanya syukur yang tidak terhingga kerana berpeluang untuk bertemu Ramadan...bulan suci lagi penuh keberkatan. Mungkin ada yang beranggapan Ramadan akan datang datang setiap tahun dan kita pasti bertemu dengannya Jika bergitu anggapannya....anda silap. Menjelangnya Ramadhan seorang sahabat saya kehilangan seorang ibu tercinta setelah sekian lama bertarung nyawa di hospital.  Menjelangnya Ramadhan seorang jiran saya kehilangan anak dan seorang wanita kehilangan suami sementara anak pula kehilangan bapa.
2.  Biarpun Ramadan datang dengan  penuh keberkatan, ada insan yang mengenang Ramadan bukan sebagai bulan keberkatan tetapi akan diingati sepanjang hayat. Sebentar tadi  saya membaca kisah banduan yang dibebaskan setelah berpuluh tahun berada dipenjara. Pembebasan dibuat setelah mendapat pengampunan Sultan Johor. Pastinya pembebasan sebegini sangat bererti buat mereka. Ibarat kata mereka ia seperti mati hidup semula.
3.  Ramadan memberi peluang umat Islam kembali menjalinkan ikatan persaudaraan dan kekeluargaan sesama insan. Kalau dalam bulan-bulan lain ada yang tidak kisah waktu maghrib tetapi pada bulan Ramadan inilah waktu yang ditunggu-tunggu (walaupun bagi yang tidak berpuasa kerana sudah boleh makan secara terang-terangan). tentu seronok berkumpul seisi keluarga sambil menjamah makanan yang tersedia.
4.  Melawat ke bazar Ramadhan memang menggiurkan. Apa tidaknya semua makanan nampak sedap (walaupun belum tentu sedap bila dibeli). namun sesuatu yang mungkin ramai yang lupa ailah semasa berpuasa perut kita semakin 'mengecut' . Jadi isi sedikit pun dah rasa kenyang. So semasa membeli ingat-ingatlah kemampuan perut kita. Elakkan pembaziran makanan sepanjang Ramadan.
5.   Apapun diharapkan Ramadan tahun ini dapat memberikan kita lebih manfaat dan seharusnya kita merebut peluan bertemu Ramadan ini untuk membuat seberapa banyak kebaikkan dan amal kerana belum tentu kita akan bertemunya lagi di masa hadapan. Wallahualam.

No comments: