CINTA DAN PERKAHWINAN

Salam Ramadan yang semakin mewangi.
1. Ramai yang beranggapan bahawa cinta dan perkahwinan adalah sesuatu yang  harus dilalui oleh setiap pasangan manusia yang inginkan kebahagiaan hidup. Cinta bagi mereka adalah satu dunia yang indah dan dipenghujungnya akan diakhiri dengan perkahwinan. Namun apa yang terjadi ada pasangan yang bercinta sekian lama tetapi apabila berkahwin wujud pelbagai masalah dan akhirnya tiada keserasian dan bercerai jua dipenghujungnya.

2. Sebenarnya cinta dan perkahwinan adalah  dua dunia yang berbeza. Alam percintaan adalah alam yang penuh keseronokan dan ia lebih kepada melayan perasaan rindu dan kasih kepada pasangan. Alam perkahwinan pula lebih kepada kebertanggungjawapan terhadap pasangan masing-masing dan kepada perkahwinan itu sendiri. Sebab itu apabila cinta yang terbina tanpa memikirkan tanggungjawab yang bakal ditanggung berakhir dengan penceraian. Ini adalah hakikat yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini.

3. Seorang lelaki yang bercinta seharusnya bersedia untuk memikul segala tanggungjawab apabila berkahwin nanti. Tanggungjawab ini merangkumi tanggungjawab pada isteri dan anak-anak yang bakal dilahirkan zahir dan batinnya. Ia harus dilakukan dengan penuh ikhlas kerana  suami adalah ketua dalam sesebuah keluarga yang akan dipersoalkan segala perbuatannya di hari akhirat nanti. Sekian. Wassalam

No comments: