Syukurlah Merdeka Datang Lagi.

Salam Syawal buat semua yang datang bertamu.
1. Ogos ini kita menyambut dua perayaan yang sangat penting bagi umat Islam iaitu 'Hari Raya Idul  Fitri dan yang penting bagi seluruh rakyat Malaysia iaitu 'Hari Merdeka' kita yang ke 55 tahun. Kedua-dua perayaan ini memberi kegembiraan kepada kita. Apa tidaknya, dengan nikmat merdeka yang kita kecapi pada hari inilah maka kita dapat bergembira dan bersuka ria tanpa  sekuman pun rasa bimbang dan terancam.
2. Tidak seperti dibeberapa negara luar yang terpaksa menyambut 'Idul Fitri' dengan dentuman bom dan desiran peluru, kita menyambut perayaan ini dengan iringan kesyukuran di atas nikmat keamanan dan dan nikmat makanan yang terhidang didepan mata di pagi  idul fitri.
2. Saya sebenarnya tersentuh melihat apa yang berlaku di negara Syria yang sedang bergolak. Idul fitri disambut dengan darah dan kematian. Makanan yang menjadi rebutan hanyalah  'roti arab'. Itupun tidak mencukupi. Bagi mereka itulah menu istimewa. Tapi kita di Malaysia....alhamdulilah makanan melimpah ruah hingga tidak tertelan dan ada juga yang  terpaksa dibuang.
3. Begitu juga dengan apa yang berlaku dengan saudara seagama kita 'etnik Rohingya' yang terpaksa menjadi pelarian lantaran di maut yang sentiasa mengintai. Usah ditanyakan pakaian raya, makanan raya atau apa saja yang berkaitan raya kerana bagi mereka perkara utama yang menjadi impian mereka ialah kehidupan yang aman damai dan bebas dari segala ancaman nyawa . Sertelah itu mereka perolehi barulah perkara difikirkan. Tapi sayangnya segalanya dalam dilema kerana jalan penyelesaian masalah mereka masih buntu. Tidak tahulah berapa lama lagi mereka harus mengharungi kehidupan yang serba derita begitu,
4.  Lantaran itu marilahlah kita sama-sama memanjatkan 'Syukur Alhamdulilah dan Terima Kasih Allah' kerana memberi kita peluang meraikan kemenangan mengharungi 'Ramadan' dengan cara kita sendiri dalam suasana yang penuh harmoni dan cukup istimewa. Terima kasih jua Allah kerana memberikan  'Nikmat Kemerdekaan' yang ke-55 kepada negara kita Malaysia yang tercinta. Sebagai generasi baru...kemerdekaan ini wajib disyukuri dan difahami agar ianya berkekalan untuk tahun-tahun seterusnya. Saya bangga menjadi anak Malaysia.

No comments: