Kasihan Cikgu....Nak Pandaikan Anak Murid.....

Salam diambang merdeka....


Semalam saya bercuti atas satu urusan peribadi. Hari ini apabila saya kembali bekerja, saya didatangi dengan satu berita yang sedikit mengejutkan. Terkejutnya sedikit tapi yang banyaknya adalah terkilan. Sedih pun ada tapi saya positif dan menganggap semuanya adalah asam garam dunia pendidikan.

Saya dimaklumkan pada hari semalam pegawai polis telah datang ke sekolah untuk menyiasat satu kejadian berdasarkan aduan seorang datuk pelajar tahun 5. Kesnya....alahai...kononnya pelajar ini telah mengadu pada datuknya bahawa kakinya sakit sebab telah di denda 'ketuk ketampi' oleh seorang ustaz atas kesalahan yang dia sendiri lakukan. Tapi kalau ikut logoknya takkan sampai jadi kes polis. Bukan budak tu patah kaki ke, luka berdarah ke atau kecederaan serius yang lain. Sepatutnya dia bertanya kenapa kena denda kepada cucunya....atau kalu tak puas hati datang sekolah minta penjelasan guru berkenaan. Bukan terus report polis.

Kalau dia report polis pun apa dia dapat selain 'bangga dapat dapat mencemarkan nama sekolah dan nama ustaz tersebut'. Apa dia ingat cikgu ni jahat sangat ke sampai nak denda cucu dia. Semua guru pelajar seboleh-bolehnya memang tidak mahu mendenda pelajar tetapi kadang-kadang keadaan memerlukannya. Buat salah, tak buat lagi salah. Cikgu semacam dipersimpangan dalam mendidik anak bangsa.

Kalu dah rasa cikgu tak mampu nak mendidik.....didiklah anak/ cucu sendiri. Cikgu pun tak perlu pening kepala nak melayan orang-orang yang tidak faham tentang tugas seorang guru. Ramai lagi yang mahu belajar dan tidak kisah didenda apabila melakukan kesalahan. Semua yang cikgu lakukan adalah untuk kebaikkan. Tidak lebih dari itu. Terima kasih cikgu



No comments: