Cinta Oh Cinta

Bila sebut pasal cinta....pasti semua tahu. Walaupun ramai yang tahu menyebut perkataan 'cinta ' tapi ramai juga yang tak tahu makna sebenarnya. Suka-suka hati dia je wat tafsiran...Pernah aku tanya seorang murid tahun 4 di sekolahku....Siapa tahu apa itu cinta? Nak tau apa jawapannya....dia kata 'pakwe dan makwe'....Lepas tu aku sergah seorang dari mereka dan aku tanya lagi. Awak sedang bercinta ke.........ish mana ada cikgu. Tapi setau saya awk memang sedang bercinta......jawapan budak-budak.....eeee cikgu ni selekeh. Mana ada orang bercinta. Aku hanya tersenyum. Aku sambung lagi....abis tu awak tak sayang ke mak awk, ayah awak, kakak, abang dan adik awak. Jawapannya tentulah sayang. Aku jawab.....dah kalau awk jawab sayang tu maknanya awak sedang bercinta dengan keluarga awk la .Bukankah cinta tu maknanya berkasih sayang. Janganlah sempitkan fikiran bila sebut cinta je mesti ada 'pakwe dan makwe'. Hakikatnya cinta paling hakiki adalah bercinta dengan ALLAH.

Sebuah puisi sebagai penutup bicara.

PIALA CINTA

Ku usap-usapi piala cinta
yang tertancap di kamar hati
bermeditasi mengimbau
irama melodrama semalam
tersentuh biasan luka.

Piala Cinta
hanyut dilanda gerimis senja
rupanya sekadar mengembangkan kepak resah
di alam percintaan
bersaksikan sinar pelangi
meninggalkan aku
kesepian begini.

IKKA ATIQAh 1991

Pembuka Bicara.

Alhamdulilah bersyukur aku kehadrat Illahi, pencipta langit dan bumi kerana masih dikurniakan usia dan kesihatan untuk kembali menulis setelah sekian lama menyepi....Lahirnya keinginan untuk kembali menulis adalah kerana aku fikirkan ini merupakan ruang untuk aku melegakan tekanan dan berkongsi pengalaman. Semoga ianya memberikan kebaikkan kepada kita bersama selagi usia masih bersisa dan nafas masih masih bertunas.

Sebagai pembuka bicara ingin aku paparkan sebuah sajak yang aku tulis untuk seseorang yang pernah mengisi kekosongan hati. Al maklumlah sebagai manusia bercinta dan kecewa lumrah dunia....tajuknya 'Terima Kasih'

Terima Kasih

Izinkan aku menguntukkan bicara
terima kasih kerana telah melupaiku
kerana pernah menemaniku
yang sering terkapar-kapar
dilambung gelombang hidup

terima kasih atas lagu puisi katamu
yang terpasrah diwaktu nan pilu
terima kasih kerana telah mengosongkan hatimu
untukku bertakhta barang seketika

terima kasih kerana mendirikan waktu yang tumbang
semata-mata untuk menyimpulkan ikatan buatku
terima kash dan terima kasih segalanya

Aku sebenarnya di sini
tidak rela menghuraikan
simpulan ikatan persahabata kita
apa daya jika itu idaman hatimu
aku hanya mampu pasraah
walau hempedu yang ku telan.

Bila waktu kian pantas berlari
akan kuhimpun lingkaran kenangan ini
untuk tatapan hari-hari mukaku
yang masih panjang.

IKKA ATIQAH RAZZE
Majalah REMAJA 1991